Utusan Borneo (Sabah)

Remaja ‘Slender Man’ dihukum 40 tahun di hospital mental

-

CHICAGO: Seorang daripada dua gadis di Amerika Syarikat yang mengaku bersalah menikam rakan mereka untuk mengajuk satu watak fiksyen dalam Internet, telah dijatuhi hukuman 40 tahun di hospital mental kelmarin.

Morgan Geyser dan rakannya Anissa Weier berusia 12 tahun ketika mereka menikam rakan sekelas Payton Leutner 19 kali pada 2014 dalam sebuah kawasan hutan dekat rumah mereka di pinggir bandar raya Milwaukee. Leutner terselamat daripada serangan itu.

Geyser dan Weier, keduaduany­a sekarang berusia 15 tahun, berkata mereka percaya watak fiksyen yang jahat dalam Internet dikenali sebagai “Slender Man” adalah tulen dan meminta mereka melakukan pembunuhan itu jika mereka tidak mahu keluarga mereka sendiri dicederaka­n.

Seorang hakim menghukum Geyser dengan 40 tahun di kemudahan kesihatan mental dewasa yang terhad, berbanding 25 tahun di kemudahan juvana yang dituntut oleh peguamnya di mana dia layak untuk dibebaskan di bawah penyeliaan jika dia dianggap cukup sihat.

“Saya meminta maaf. Saya tidak pernah bermaksud untuk melakukan perkara ini. Saya harap dia sihat,” kata Geyser dengan tangisan di mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan.

Weier dan Geyser didapati tidak bertanggun­gjawab bagi jenayah mereka kerana menghidap penyakit mental.

Kes mereka telah mengilhamk­an dokumentar­i pada 2016 ‘Beware the Slenderman’, yang memaparkan video bagi soal siasat ke atas kedua-dua gadis itu di mana mereka mengaku menikam Leutner.

Weier dijatuhi hukuman pada Disember lepas iaitu 25 tahun di institusi mental – tempoh lebih singkat berbanding Geyser kerana dia telah mencapai persetujua­n rayuan atas tuduhan yang lebih ringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia