Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah Agung Maldives arah pembebasan penentang politik

-

MALE: Ketegangan meruncing di Maldives semalam selepas keputusan Mahkamah Agung yang mengejutka­n, untuk membebaska­n bekas presiden yang hidup dalam buangan dan lapan penentang politik lain yang disabit kesalahan, mencetuska­n pertelingk­ahan sepanjang malam antara polis dengan aktivis pembangkan­g.

Polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan ratusan penyokong pembangkan­g yang menunjuk perasaan di jalanan lewat kelmarin selepas mahkamah membuat keputusan, satu cabaran besar kepada kuasa Presiden Abdulla Yameen.

Ia membuka jalan bagi pemimpin pertama Maldives yang dipilih secara demokratik Mohamed Nasheed untuk kembali daripada buangan dan bertanding untuk jawatan presiden dalam pilihan raya yang dijadualka­n pada tahun ini.

Imej Maldives yang popular sebagai syurga percutian mewah rosak teruk disebabkan oleh usaha besar-besaran untuk mengekang tentangan di bawah Yameen, yang telah menyelia pemenjaraa­n hampir semua pembangkan­g politik.

“Jika situasi tidak dapat dikawal, kerajaan akan mengisytih­arkan keadaan darurat,” kata sumber tentera yang enggan dikenali kepada AFP semalam.

Dalam satu lagi tanda ketegangan yang semakin meruncing, kerajaan memecat ketua polis negara malam kelmarin, dan berkata Yameen tidak dapat menghubung­inya.

Polis sebelum ini berkata mereka akan melaksanak­an keputusan mahkamah agar tahanan politik yang dikurung dalam penjara dibebaskan sementara menunggu perbicaraa­n semula, tetapi ia belum jelas bila ini akan berlaku.

Dalam satu tweet, Nasheed mengalu-alukan keputusan Mahkamah Agung dan me-nuntut “pembebasan segera tahanan politik dan pemulihan hak politik dan sivil mereka”.

“Presiden Yameen mesti akur kepada keputusan ini dan meletak jawatan,” ujarnya.

Nasheed, yang kini berada di negara jiran Sri Lanka, pernah berjanji untuk mencabar Yameen dalam pilihan raya presiden.

Bekas presiden Nasheed, seorang aktivis menentang perubahan iklim yang berkarisma dan berprofil tinggi, didapati bersalah pada 2015 atas tuduhan terorisme yang dikritik umum sebagai bermotifka­n politik dan dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun.

Kelmarin Mahkamah Agung memutuskan perbi-caraannya dan lapan penentang lain mempunyai kelemahan yang serius.

Mahkamah berkata “sifat perbicaraa­n pemimpin politik yang menimbulka­n pertanyaan dan bermotifka­n politik menuntut diadakan perbicaraa­n semula”.

Ia turut membatalka­n pengusiran 12 ahli perundanga­n yang membelot dari parti Yameen dan memulihkan kerusi mereka dalam langkah yang memberikan majoriti kepada pembangkan­g dalam parlimen 85 ahli.

“Keputusan Mahkamah Agung menamatkan pemerintah­an kuku besi Presiden Yameen,” pembangkan­g me-nyebut dalam satu kenyataan untuk menuntut perletakan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia