Utusan Borneo (Sabah)

Doktor Vietnam dipenjara kerana ‘propaganda antikeraja­an’

-

HANOI: Seorang doktor di Vietnam telah dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun kerana “propaganda antikeraja­an”, media kerajaan melaporkan, sebagai sebahagian daripada siri pensabitan baharu di negara satu parti itu yang dituduh melancarka­n operasi untuk mengekang pengkritik.

Penulis blog, aktivis dan peguam dipenjara secara rutin di negara komunis Vietnam, di mana kepimpinan tidak bertolak ansur yang wujud sejak 2016 dituduh mengetatka­n genggaman ke atas penentang.

Sekurang-kurangnya 24 aktivis disabit kesalahan pada tahun lepas, manakala 28 lagi ditangkap, menurut Human Rights Watch, menjadikan 2017 antara tahun terburuk bagi aktivis di negara itu.

Aktivis terbaharu yang di-penjara adalah Ho Van Hai, 54, seorang doktor yang ditangkap pada November 2016 berhubung siri tulisan blog yang mengkritik kerajaan.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun selepas perbicaraa­n sehari di Kota Ho Chi Minh kelmarin, VNExpress yang dikuasai kerajaan melaporkan.

“Daripada 75 artikel yang ditulis dalam talian dan disimpan dalam komputer Hai, pihak berkuasa mengenal pasti 36 artikel yang melanggar peraturan mengenai pengurusan, penyediaan dan penggunaan maklumat dan khidmat Internet dalam Internet,” menurut laporan VnExpress.

Hai juga dituduh mengatur protes awam untuk membantah tindakan syarikat besi dari Taiwan, Formosa, yang membuang sisa toksik ke dalam lautan dan membunuh bertan-tan ikan di sepanjang pantai tengah Vietnam pada 2016.

Bencana itu menjejaska­n punca pendapatan dengan teruk dan mencetuska­n protes yang jarang sekali berlaku di seluruh negara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia