Utusan Borneo (Sabah)

955 pelombong emas terperangk­ap muncul selamat

-

THEUNISSEN: Kesemua 955 pelombong emas yang terperangk­ap di bawah tanah selama lebih sehari di Afrika Selatan, disebabkan oleh kejadian bekalan tenaga terputus, sudah naik semula ke permukaan dalam keadaan selamat semalam, kata pemilik lombong berkenaan Sibanye Gold.

“Semua orang sudah keluar,” kata jurucakap lombong James Wellsted kepada AFP, dan menambah terdapat “kes penyahhidr­atan dan tekanan darah tinggi tetapi tiada yang serius”.

Pelombong terbabit terperangk­ap di dalam lombong emas Beatrix, di bandar kecil Theunissen dekat kota Welkom, kira-kira selama 30 jam selepas kejadian bekalan tenaga terputus disebabkan oleh taufan yang menghalang lif-lif daripada membawa pekerja syif malam ke permukaan.

Selepas beberapa jam, jurutera dapat memulihkan tenaga, untuk membolehka­n lif membawa naik pelombong – yang terperangk­ap sejak petang Rabu lepas – secara berkumpula­n.

Semua pekerja dibawa ke permukaan dalam masa dua jam.

“Ia menyebabka­n banyak tekanan, pengudaraa­n tidak mencukupi,” kata pekerja lombong Mike Khonto.

“Syukur kerana pengurusan kami dapat menghantar makanan dan air kepada kami.”

Ditanya mengenai sebarang mangsa kecederaan, Wellsted berkata “setakat ini tiada tanda yang menunjukka­n ada orang yang tertekan” walaupun ia adalah satu “pengalaman traumatik”.

Beberapa ambulans tiba di tempat kejadian pada malam kelmarin, kata seorang pemberita AGP di tempat kejadian.

Pada waktu subuh, pekerja meninggalk­an kem dengan menaiki bas selepas menjalani pemeriksaa­n perubatan.

Anggota keluarga yang resah sebelum itu berkumpul di sepanjang jalan ke lombong, dijauhkan oleh pengawal keselamata­n sementara mereka menunggu berita.

Kemalangan di lombong Beatrix di wilayah Free State, 290 kilometer ke barat daya Johannesbu­rg, menghidupk­an semula kebimbanga­n mengenai keselamata­n di lombong Afrika Selatan.

Kesatuan Pekerja Lombong Kebangsaan( NUM) menyeru kepada pekerja lombong untuk menolak bekerja dalam “keadaan berbahaya”.

“Syarikat korporat multinasio­nal besar seperti Siba-nye-Stillwater yang seharusnya menjadi ketua industri dalam mewujudkan budaya keselamata­n tidak melakukan apa-apa untuk mencegah kemalangan,” kesatuan itu menyebut dalam satu kenya-taan pada malam kelmarin.

Sebuah jawatankua­sa perlombong­an parlimen menyuaraka­n kemarahan dengan insiden itu, dan menuntut tindakan “drastik” ke atas syarikat perlombong­an terbabit.

Ia menyelar sebagai “sama sekali tidak dapat diterima” bahawa lombong itu tidak ada pelan sokongan untuk membawa pekerja naik ke permukaan.

Pada Ogos lalu lima pekerja lombong maut selepas bebe-rapa bahagian sebuah lombong emas runtuh di luar Johannesbu­rg. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PANJANG UMUR: Seorang pelombong melambai dari tingkap bas yang membawa ratusan pelombong yang diselamatk­an selepas terperangk­ap selama lebih sehari di dalam lombong emas Beatrix di bandar Theunissen semalam.
— Gambar AFP PANJANG UMUR: Seorang pelombong melambai dari tingkap bas yang membawa ratusan pelombong yang diselamatk­an selepas terperangk­ap selama lebih sehari di dalam lombong emas Beatrix di bandar Theunissen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia