Utusan Borneo (Sabah)

Panas baran Eman Manan dalam telemovie ‘Rantai’ di TV2, pada 9 Februari ini

-

MASALAH keganasan dan panas baran seorang lelaki yang didera oleh bapanya semasa beliau kecil realitinya berlaku dalam masyarakat kita.

Kisah seorang kanakkanak yang sering dipukul oleh bapanya kerana nakal, menjadi seorang yang garang dan panas baran apabila dewasa.

Di samping menghadapi kesukaran hidup dalam masyarakat kampungnya, beliau juga sering memukul isteri dan anaknya.

Namun anak perempuann­ya yang sudah besar memberanik­an diri untuk menegur perangai bapanya yang tidak dapat diterima.

Akhirnya beliau sendiri menjadi mangsa kelakuan panas barannya, apabila terpijak sebuah dulang besar mengandung­i minyak panas semasa mahu memukul anaknya.

Menampilka­n gandingan mantap pelakon utama berpengala­man iaitu Eman Manan, Eja, Izara Aisyah, Rahim Jailani, Namron dan Izzue Islam, telemovie arahan Bade Haji Azmi bertajuk ‘Rantai’ ini akan disiarkan mengisi slot Citra di TV2 pada 9 Februari depan, jam 10.00 malam.

Ia menyorot kisah Zaleha yang terpaksa menanggung penderitaa­n akibat penderaan mental dan fizikal ekoran dari sikap panas baran Hussin yang sentiasa kesempitan duit akibat suka berpoya-poya dan berjudi.

Zaleha juga menanggung malu dengan kegiatan Hussin yang menyeludup rokok dari seberang. Bagaimanap­un dia tetap bersabar kerana Husin permah mengugut untuk menghalau dia dan anaknya, Ain yang masih menuntut di IPTA apabila Zaleha meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Walaupun Zaleha akur dengan segala tindakan Hussin, berlainan pula dengan Ain. Dia tidak sampai hati melihat Zaleha berterusan menjadi mangsa Hussin dan setiap kali pulang bercuti, Ain cuba menyedarka­n Hussin tentang perbuatann­ya. Justeru, sering berlaku pertengkar­an antara keduanya. Ain turut mendesak

ibunya meninggalk­an rumah dan tinggal bersamanya di bandar. Bagaimanap­un Zaleha menolaknya dan mahu Ain menamatkan pengajiann­ya dahulu.

Ain berkenalan dengan Faizal yang baru ditukarkan mengajar di sekolah di kampungnya. Perkenalan tanpa sengaja mereka bermula bila Faizal membantu membetulka­n rantai basikal Ain yang tertanggal.

Situasi itu menimbulka­n kemarahan Hussin namun tidak bagi Faizal yang mahu mengenali dengan lebih dekat keluarga Ain. Setelah mengetahui apa yang berlaku, Faizal rasa simpati dan mahu membantu Ain.

Satu hati Hussin bertindak di luar kewarasan merampas rantai pusaka milik Zaleha.

Zaleha berusaha mempertaha­nkan rantai itu yang mahu digunakan untuk persediaan membiayai kos pengajian Ain. Ain menentang tindakan Hussin yang membuatkan lelaki itu hilang sabar lalu menghalaun­ya. Ain risau memikirkan nasib ibunya.

Kemuncak kemarahan Hussin apabila mendapati Faizal adalah anak kepada Bakar, lelaki yang pernah menghilang­kan diri 25 tahun lalu dan tiba-tiba kembali ke kampung bersama anaknya, Faizal. Apatah lagi Bakar merupakan bekas tunangan Zaleha.

Dua puluh tahun dahulu Bakar pernah mencintai Zaleha dan mereka ditunangka­n. Bagaimanap­un Hussin yang terkenal dengan sikap samseng di kampung mereka mengugut akan mencederak­an Bakar jika Zaleha enggan berkahwin dengannya. Zaleha akur demi keselamata­n Bakar dan Bakar yang kecewa melarikan diri dari kampung.

Ain yang tidak sanggup berdepan dengan sikap Hussin nekad untuk keluar dari rumah dan meminta bantuan Faizal. Malangnya mereka berjaya dikesan oleh Hussin. Hussin memukul Faizal dan Bakar.

Hussin masih tidak berpuas hati lalu bergegas pulang untuk melepaskan geramnya pada Ain. Ketika itu di rumah, Ain dan Zaleha sedang menggoreng kerepek yang ditempah oleh pengedar. Hussin yang balik dalam keadaan marah cuba memukul Ain dan Zaleha dengan rantai tetapi malangnya dia tergelinci­r dan tersembam dalam kuali minyak panas.

Untuk mengetahui apakah kesudahan drama ini, jangan lupa untuk menontonny­a pada 9 Februari ini hanya di TV2.

 ??  ?? EMAN Manan dan Eja dalam ‘Rantai’.
EMAN Manan dan Eja dalam ‘Rantai’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia