Utusan Borneo (Sabah)

Artis rakaman JBM Production buat lawatan amal

-

LAGU ‘Okon Ko Pinikianu Ku’ nyanyian Raymond Gontit telah mempertemu­kan semula Kelab JBM Production dengan bayi yang dikenali sebagai Topper melalui neneknya iaitu Magret Michael yang juga merupakan penjaga kepada bayi ini.

Pada awal tahun 2016 sebuah lagu bertajuk ‘Okon Ko Pinikianu Ku’ yang yang mengisahka­n tentang kehidupan seorang bayi yang sakit dan bertarung nyawa untuk terus hidup yang diterbitka­n oleh JBM Production dan dinyanyika­n oleh Raymond Gontit.

Lagu tersebut sedikit mendapat kontrovisi daripada pihak keluarga bayi berkenaan namun telah pun diselesaik­an secara baik diantara kedua-dua pihak.

Perhubunga­n Kelab JBM Production dengan bayi ini bermula semasa ianya mendapat rawatan rapi di Hospital Likas kerana lahir sebagai pramatang (ptemature) selama enam bulan lamanya namun hubungan tersebut terputus apabila bayi ini telah dibenarkan keluar oleh pihak hospital.

Hasrat untuk melawat Topper telah lama dirancang, walau bagaimanap­un setelah bayi tersebut keluar daripada hospital maka perhubunga­n JBM Production dengan bayi ini terputus lebih setahun lamanya kerana tidak mengetahui keberadaan bayi berkenaan.

“Semasa bayi ini dalam jagaan oleh pihak hospital Likas, Kelab JBM Production ada beberapa

JBM Production bergambar bersama Margaret Micheal (tengah) dan Topper di kediaman mereka di Kg Tombovo, Putatan. Turut kelihatan Jack Beach (tiga kanan).

kali melawat bayi ini dan seterusnya menjadikan bayi ini sebagai ‘anak angkat’ oleh Kelab JBM Production sehinggala­h ke hari ini,” kata Pengurus JBM Production, Jack Beech.

Seramai sembilan orang ahli JBM Production telah membuat lawatan terhadap keluarga Topper yang kini tinggal di Kg. Tombovo, Putatan dan dijaga oleh neneknya pada Ahad lepas.

Menurut Jack, lawatan julung kali Kelab JBM Production itu bertujuan untuk berjumpa dan bertanyaka­n khabar bayi Topper serta menyampaik­an sedikit sumbangan dan barangan keperluan kepada bayi ini.

Jack yang juga merupakan ketua rombongan ini turut bersyukur kerana tahap kesihatan bayi Topper kini semakin pulih dan mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli keluarga Topper terutamany­a kepada Magret Michael selaku penjaganya kerana telah menyambut kedatangan rombongan JBM Production dengan begitu baik dan akan merancang sekali lagi untuk melawat bayi ini pada majlis ulang tahun yang akan diraikan pada Mac tahun ini.

Lagu ‘Okon Ko Pinikianu Ku’ terkandung dalam album kompilasi Pisompurua­n Susumindin­g Vol.2 yang diterbitka­n pada pertengaha­n tahun 2016 oleh JBM Production.

Antara artis-artis Kelab JBM Production yang terlibat dalam lawatan itu ialah James Sham, Raymond Gontit, Eugene Omok, Suzan Wong, Emaculate Lata Francis, serta dua orang ahli kelab JBM Production yang baharu iaitu Andung Bin Magundadan­g dan Julina

Matinsin.

 ??  ?? ROMBONGAN
ROMBONGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia