Utusan Borneo (Sabah)

Pengurus syarikat didenda RM25,000, penjara 15 bulan

Membenarka­n lima migran haram berada di tapak premis

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang pengurus sebuah syarikat berasaskan keluli, didenda RM25,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana membenarka­n lima migran haram berada di tapak premis berkenaan.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Vivian Yong Saw Heng, 27, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 55 E (1) Akta Imigesen 1959/63.

Tertuduh dikenakan denda RM5,000 atau penjara tiga bulan, untuk setiap migran haram.

Hukuman yang diperuntuk­kan adalah denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan, atau kedua-duanya untuk setiap migran haram.

Tertuduh didapati membenarka­n lima migran haram berada di tapak perniagaan premis berkenaan, pada 6 Jun tahun lalu jam 1.10 petang, di Unimekar Metals Sdn.Bhd, di sini.

Semasa rayuan, Vivian yang tidak diwakili peguam memohon denda dikurangka­n disamping menjelaska­n, beliau baharu enam hari bekerja di syarikat terbabit.

Pegawai Pendakwa Hamisah Hj Puteh dari Jabatan Imigresen mengatakan, tertuduh pesalah pertama dan beliau meminta hukuman setimpal dikenakan.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 18 Mei terhadap seorang pemilik restoran atas kesalahan mengupah tiga migran haram.

Keputusan itu dilakukan terhadap Zaid Abdullah Ismail, 33, yang didakwa mengikut Seksyen 55 B akta sama, selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 20 Mei tahun lalu di restoran Mariam, Api-Api Center, di sini.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 deposit RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam pada itu, Hamisah memaklumka­n empat saksi daripada pihak pendakwaan akan dipanggil memberikan keterangan.

“Hukuman yang diperuntuk­kan adalah denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan, atau kedua-duanya untuk setiap migran haram.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia