Utusan Borneo (Sabah)

Kelab Badminton Mellinium Labuan timba pengalaman di Limbang

-

LABUAN: Kelab Badminton Mellinium Labuan akan mengadakan sesi perlawanan persahabat­an dengan dua pasukan badminton di Limbang, Sarawak pada minggu ini.

Persiapan selama dua bulan telahpun diadakan bagi memastikan pemain pasukan Mellinium berjaya menyaingi kemampuan pasukan lawan.

Pengerusi Persatuan Badminton Mellinium, Khairul Ghani berkata mereka telah merancang program ini pada tahun lalu lagi, tetapi terpaksa ditunda hingga ke tahun ini kerana mengambil masa untuk mengurus serta kelapangan bagi semua ahli yang mengikuti rombongan.

Katanya, di samping perlawanan persahabat­an dengan dua buah pasukan tersebut, bagi menguji kekuatan pasukan Mellinium, mereka juga membawa bersama ahli keluarga sebagai satu percutian bagi ahli kelab ini.

Di Limbang nanti, pasukan Mellinium akan menentang pasukan Badminton Kampung Patiambun Limbang dan pasukan Persatuan Badminton Limbang Sarawak yang akan diadakan di Stadium Indoor Limbang Sarawak pada malam Sabtu.

Selain itu, kelab tersebut akan mengadakan mesyuarat tahunan bagi melantik ahli jawatankua­sa yang baru, serta merancang beberapa aktiviti bagi tahun 2018.

Antara aktiviti yang dicadangka­n ialah, beberapa perlawanan persahabat­an di dalam dan luar Labuan, hari keluarga, serta menganjurk­an beberapa siri pertanding­an bagi meningkatk­an mutu permainan di Labuan.

Beberapa kertas kerja akan dibentangk­an pada mesyuarat tersebut termasuk membawa pasukan Mellinium ke Terengganu September nanti untuk mengadakan perlawanan persahabat­an dengan N ANG O R Badminton Kelab di Marang Terengganu.

Mesyuarat akan diadakan di Purnama Hotel Limbang yang juga menjadi tempat penginapan selama 3 hari 2 malam di Limbang nanti.

K hai ru l juga mengucapka­n terima kasih kepada semua ahli Persatuan Badminton Mellinium serta barisan AJK yang banyak membantu, serta memberikan sokongan dan komitmen selama hampir 8 tahun persatuan ini ditubuhkan.

“Lawatan ke Limbang ini adalah satu hadiah serta ucapan terima kasih kepada ahli pasukan dan keluarga Persatuan Badminton Mel l ini u m ,” katanya penuh bangga.

Seramai 40 ahli yang terdiri daripada ahli persatuan dan keluarga mengikuti rombongan pada kali ini.

Pastinya lawatan ini akan memberikan satu pengalaman yang baru kerana selain perlawanan persahabat­an, ahli rombongan juga dapat menikmati buah- buahan terutama durian yang sedang membanjiri Limbang ketika ini.

 ??  ?? KHAIRUL (depan) bersama ahli Kelab Badminton Mellinium Labuan yang akan menentang dua pasukan di Limbang, Sabtu.
KHAIRUL (depan) bersama ahli Kelab Badminton Mellinium Labuan yang akan menentang dua pasukan di Limbang, Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia