Utusan Borneo (Sabah)

50 peserta sertai Sprint Duathlon TBS

-

KOTA KINABALU: Seramai 50 peserta telah menyertai Sprint Duathlon anjuran Tokok Bike Spa (TBS) yang diadakan di sini baru-baru ini.

Acara dimulakan dengan larian sejauh 3 kilometer, berbasikal 25 kilometer dan larian terakhir sejauh 3 kilometer bermula dari Kompleks Sukan ke Indah Permai.

Duathlon adalah acara sukan yang dimulai dengan larian, kemudian basikal dan diakhiri dengan larian semula.

Duathlon dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu acara pecut, penuh dan jarak jauh. Jarak acara pecut adalah 5 km larian, 30 km berbasikal dan 5km berlari. Jarak acara penuh pula adalah 10 km larian, 60 km berbasikal dan 10km berlari.

Manakala acara jarak jauh melibatkan 10 km larian, 150 km berbasikal dan 30km berlari seperti di Powerman Zofingen, Switzerlan­d.

Walaubagai­mana pun ada sesetengah penganjur yang memodifika­sikan jarak tersebut berdasarka­n kawasan pertanding­an. Masa akan diambil bermula dari larian pertama, berbasikal sehinggala­h melintasi garisan penamat dalam larian kedua.

Di Sabah, sukan duathlon semakin popular dan merupakan alternatif sebelum menyertai sukan triathlon.

Para peserta yang mengambil bahagian dalam duathlon anjuran TBS adalah sebagai persiapan menyertai Labuan Duathlon dan Powerman 2018.

Juara bagi kategori lelaki terbuka menjadi milik Sadat Hanie dengan catat masa 1 Jam 13 minit dan Mohd Shukri Hamzah ditempat kedua dengan masa 1 jam 16 minit manakala tempat ketiga milik Rayim Sidek 1 jam 16 minit.

Menduduki tempat keempat ialah Dr Mohamad Nizam Nazaru- din dengan perbezaan 15 saat. Dane pula menduduki tempat kelima dengan catatan 1 jam 18 minit. Bagi kategori terbuka wanita pula Natasha Soon menjadi juara dengan catatan 1 jam 18 minit dengan meninggalk­an Verawatie Haris dengan perbezaan 1 minit di tempat kedua. CheeryDing­Chew Li menduduki tempat ketiga dengan 1 jam 30 minit, Emilda Jimmy ditempat keempat dengan 1 jam 34 minit dan tempat kelima adalah milik Slytrina Mijia dengan 1 jam 38 minit.

Penganjur sukan itu, Amir Hassan memberitah­u bahawa pertanding­an seperti ini akan diteruskan dan dijadikan acara bulanan bagi menarik lebih ramai peserta baru.

Dr Mohamad Nizam Nazarudin yang ditemui juga memuji inisiatif penganjura­n pertanding­an ini bagi persiapann­ya untuk menyertai Kejohanan Powerman Siri Dunia di Putrajaya, Indonesia, Thailand, Filipina dan China pada tahun ini.

“Tidak ramai penganjur yang mampu dan berani menganjurk­an pertanding­an seperti ini maka kami terpaksa mencari pertanding­an di luar Sabah malah kadangkala terpaksa ke luar negara,” katanya.

Majlis penyampian hadiah telah sempurnaka­n oleh Penaung Persatuan Triathlon Sabah, Md. Joh bin Haji Wid.

 ??  ??
 ??  ?? SALAH seorang peserta berbasikal sejauh 25 kilometer. PERSAINGAN larian terakhir dalam kategori terbuka lelaki. SADAT Hanie juara terbuka lelaki.
SALAH seorang peserta berbasikal sejauh 25 kilometer. PERSAINGAN larian terakhir dalam kategori terbuka lelaki. SADAT Hanie juara terbuka lelaki.
 ??  ??
 ??  ?? PARA pemenang bergambar bersama penganjur selepas pertanding­an itu.
PARA pemenang bergambar bersama penganjur selepas pertanding­an itu.
 ??  ?? NATASHA Soon juara terbuka wanita.
NATASHA Soon juara terbuka wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia