Utusan Borneo (Sabah)

Sandakan berazam pertahanka­n kejuaraan

Kejohanan sukan PSKPPS peringkat negeri 2018 di Tawau, MSKPPSM di Sarawak

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pasukan bola sepak senior Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) Bahagian Sandakan berazam mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi lima tahun berturut-turut di peringkat negeri Sabah sejak 2013 pada pesta PKSPPS yang bakal berlangsun­g di Tawau hujung tahun ini.

Pengurus pasukan senior PSKPPS Bahagian Sandakan, Pandir Lodah yang juga pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan Sugut Beluran (Sekolah Kluster Kecemerlan­gan) berkata, ia merupakan sasaran (KPI) pasukan Sandakan untuk mencipta sejarah muncul juara kali ke-6 secara berterusan.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Perjumpaan dan Jamuan Gabungan Pegawai dan Pemain Pasukan Bola Sepak Senior PSKPPS Bahagian Sandakan di Bilik Tranformas­i Abad Ke-21, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merpati, di sini barubaru ini.

Katanya, majlis tersebut diadakan sebagai penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat di atas kejayaan PSKPPS Bahagian Sandakan (juara lima kali) peringkat negeri Sabah dan muncul naib johan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (MSKPPM) peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan pada Disember 2017.

“Kejayaan yang dicapai adalah dicetuskan oleh banyak pihak dan individu, termasukla­h para pemain veteran yang sentiasa memberi dorongan kepada para

RAHIM (kanan) dari Beluran menerima cenderamat­a disampaika­n Ahmad Yussof.

pemain baharu dalam pasukan,” katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Bahagian Sandakan dan juga pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah yang sentiasa menyokong pasukan yang bertanding, manakala kumpulan pengurusan pasukan seperti pengurus serta jurulatih sentiasa bersatu hati sebagai satu keluarga.

“Ini merupakan antara kunci kejayaan kita bersama,” katanya sambil optimis sasaran berkenaan boleh direalisas­ikan tahun ini dengan adanya semangat kerjasama, komitmen dan kesepaduan semua pihak yang terlibat.

Beliau berkata, kejayaan tersebut diharap menjadi pemangkin kecemerlan­gan dan kejayaan PSKPPS Sabah tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang.

Pandir menjelaska­n, selain meletakkan sasaran pasukan bola sepak senior PSKPPS Sandakan untuk menjadi johan di Tawau tahun ini untuk menggapai anugerah juara kali ke-6, pihaknya juga meletakkan sasaran mengulangi pencapaian 2017 sebagai finalis pada MSKPPM peringkat kebangsaan di Sarawak tahun ini (2018).

Menurutnya, persiapan awal perlu dilakukan sebelum ke peringkat negeri (PSKPPS di Tawau) dan kebangsaan membabitka­n semua pihak termasukla­h pengurusan dan pemain di semua zon agar dapat membentuk pasukan terbaik mewakili Sabah di MSKPPM di Kuching, Sarawak.

Sementara itu, wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, Ahmad Yussof Mohamad dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat menjayakan majlis itu.

Katanya, cara pengurusan pasukan bola sepak senior PSKPPS Sandakan telah menjadi ‘talking point’ oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datu Roslin Datu Siabok yang seharusnya menjadi contoh pengurusan kepada sukan yang lain.

Ahmad Yussof yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan berkata, keunikan pasukan Sandakan ialah kerana para pemainnya selalu bermain bersama dalam pelbagai kejohanan dan diurus secara satu keluarga atas nama pendidikan dan PSKPPS. Beliau berharap agar kejayaan akan terus dicapai oleh pasukan Sabah, bukan sahaja dalam sukan bola sepak senior, tetapi juga sukan-sukan yang lain di Sabah.

Untuk rekod, pasukan PSKPPS Sabah muncul naib johan pada MSKPPM 2017 di Negeri Sembilan selepas tewas tipis 1 - 2 kepada pasukan Kelantan pada perlawanan akhir.

Lebih 30 orang pemain dan pegawai pasukan PSKPPS Bahagian Sandakan menghadiri majlis yang julung kali diadakan itu dan turut dihadiri para pemain dari kesemua empat daerah di bahagian Sandakan iaitu Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Telupid.

Sempena majlis itu, keratan akhbar Sukan Utusan Borneo bertajuk ‘Sabah naib johan bola sepak MSKPPM’ yang disiarkan Disember tahun lalu telah dijadikan cenderamat­a kenang-kenangan kepada semua yang hadir.

 ??  ?? PANDIR (dua kiri) bersama Ahmad Yussof (dua kanan) menunjukka­n keratan akhbar cenderamat­a kepada yang hadir pada majlis itu. SEBAHAGIAN pemain, pegawai pasukan dan para jemputan yang hadir menjayakan majlis itu. Utusan Borneo yang dijadikan
PANDIR (dua kiri) bersama Ahmad Yussof (dua kanan) menunjukka­n keratan akhbar cenderamat­a kepada yang hadir pada majlis itu. SEBAHAGIAN pemain, pegawai pasukan dan para jemputan yang hadir menjayakan majlis itu. Utusan Borneo yang dijadikan
 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Yussof (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Zul Othman, ketua jurulatih bola sepak senior PSKPPS Sandakan.
AHMAD Yussof (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Zul Othman, ketua jurulatih bola sepak senior PSKPPS Sandakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia