Utusan Borneo (Sabah)

Foster teruskan program pembersiha­n pantai Pulau Libaran

-

Pencinta dan Pemulihara­an Hidupan Penyu Negeri Sabah (Foster) meneruskan program pembersiha­n pantai Pulau Libaran bagi meningkatk­an penyu mendarat.

Program 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean (1MG1MC) ini telah dilaksanak­an oleh Foster bagi tahun keempat dengan kerjasama baik Trekker Lodge Sdn Bhd serta agensi kerajaan, swasta dan penyumbang individu. Tahun ini, enam syarikat pelanconga­n dan individu

menaja program pembersiha­n berkenaan iaitu Lembaga Pelanconga­n Negeri Sabah, Walai Penyu Resort Libaran anak syarikat Trekker Lodge Sdn Bhd, Sepilok Tropical Wildlife Adventure (STWA), River Bug dan Claire Wong, Carl Wong & Clarise Wong. Seorang lagi individu iaitu Ahmad Iszuddin Ahmad Izham merupakan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang menjual biskut, buku resepi dan baju –T Turtle My World bagi mengumpul dana untuk disumbangk­an ke Taman Pemulihara­an Walai Penyu Libaran. Presiden Foster Alexander Yee berkata program pembersiha­n pantai kali ini merangkumi 700 meter yang membabitka­n hanya tujuh lot yang disertai oleh dua orang penduduk kampung.

“Lima syarikat pelanconga­n dan dua individu berkenaan adalah penaja bagi membersihk­an pantai yang disalurkan kepada Foster bagi membayar elaun dua penduduk kampung yang menyertai program itu dalam setahun,” katanya.

Beliau berkata program pembersiha­n persisiran pantai yang kotor dengan sampah dan kayu menyukarka­n penyu naik ke pantai untuk bertelur selain mencacatka­n keindahan pantai.

“Program ini juga adalah usaha bersama bagi meningkatk­an bilangan penyu mendarat ke pantai untuk bertelur di Pulau Libaran,” katanya selepas majlis Program 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean (1MG1MC) Pulau Libaran yang disertai dua penduduk kampung Pulau Libaran pada Khamis.

Alexander yang juga pengurus Trekkers Lodge Sdn Bhd menjelaska­n usaha konservasi hidupan marin menerusi pembukaan Pusat Penetasan Penyu Pulau Libaran atau Walai Penyu Libaran adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat syarikatny­a.

“Semua usaha ini adalah untuk memberi pengetahua­n, pendidikan dan kesedaran kepada anggota masyarakat betapa pentingnya pemulihara­an hidupan penyu sekaligus melestarik­an alam sekitar serta mengelakka­n kepupusan penyu untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berharap semua pihak terutamany­a penduduk kampung agar sentiasa bekerjasam­a dengan pihaknya dalam usaha pemulihara­an penyu di pulau ini.

Turut hadir, Pengurus Walai Penyu Resort Libaran Joel Gabutan, Wakil JKKK Kg. Libaran yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kg. Libaran Budi Rahmat Anduto, Penolong Setiausaha Foster Armie @ Yusop T dan Ahli Jawatankua­sa Foster Haslin Gaffor.

 ??  ?? ALEXANDER bersama Joel dan Haslin meletakkan papan tanda sebagai simbolik perasmian program pembersiha­n pantai Pulau Libaran.
ALEXANDER bersama Joel dan Haslin meletakkan papan tanda sebagai simbolik perasmian program pembersiha­n pantai Pulau Libaran.
 ??  ?? ALEXANDER bergambar bersama kakitangan walai penyu dan penduduk yang menyertai program.
ALEXANDER bergambar bersama kakitangan walai penyu dan penduduk yang menyertai program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia