Utusan Borneo (Sabah)

Hospital veteran ATM di Perak bakal sedia kemudahan rawatan kesihatan lebih baik

Bakal sediakan kemudahan rawatan kesihatan lebih baik

-

IPOH: Kementeria­n Pertahanan buat julung kalinya akan membina sebuah hospital khusus bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia bernilai RM500 juta di sini bagi memberi kemudahan rawatan kesihatan lebih baik kepada mereka.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata hospital berkenaan akan dibina di kawasan seluas 28,500 hektar milik ATM di Kem Gua Permai, Tambun di sini, yang akan berfungsi sebagai Perkampung­an Kesihatan Veteran.

Antara lain, katanya, hospital itu bakal menyediaka­n kemudahan poliklinik pakar geriatrik iaitu bidang kepakaran pesakit warga emas serta kepakaran lain seperti jantung dan respirator­i, urologi, neuropsiki­atri, perkhidmat­an rehabilita­si, dialisis serta pusat jagaan bagi veteran ATM yang kurang upaya.

“Pembinaan hospital ini akan menggunaka­n kaedah NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) dengan kerjasama pihak swasta yang berkonsepk­an Public Private Partnershi­p (Kerjasama Awam Swasta).

“NBOS merupakan kaedah terbaik untuk kita berdepan dengan ekonomi yang tidak menentu. Insya-Allah bila ekonomi kita lebih kukuh, lagi banyak benda yang boleh kita lakukan,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak cadangan Hospital Veteran ATM dan beramah mesra bersama-sama warga ATM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai,Tambun di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Panglima ATM Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hospital Veteran ATM itu merupakan inisiatif utama yang dirancang di bawah Blueprint Kesihatan Kementeria­n Pertahanan yang dilancarka­n baru-baru ini. Ia bertujuan memudahkan veteran ATM di seluruh negara untuk mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan dan perubatan, selain perkhidmat­an di Hospital Angkatan Tentera dan Hospital Kerajaan.

Ditanya sama ada Hospital Veteran itu hanya dibuka kepada veteran ATM atau warga emas dari kalangan orang awam, Hishammudd­in yang juga merupakan Menteri Tugas-Tugas Khas berkata pihaknya akan melihat kepada keperluan masa hadapan.

“Tetapi yang penting, hospital ini mesti ada ciri-ciri yang boleh mengaitkan hospital ini dengan veteran-veteran kita sama ada kita buka kepada orang ramai atau kepada anggota. Nanti kita fikirkan dari segi komersil tentang ketersedia­an dan kelestaria­n hospital ini,” katanya.

Hishammudd­in berkata kerajaan akan terus berusaha menambah baik aspek kebajikan veteran ATM dan anggota keluarga mereka dalam agenda kesihatan, perumahan, bantuan sara hidup dan pendidikan kerana ia manifestas­i penghargaa­n dan pengiktira­fan terhadap jasa, keringat dan pengorbana­n veteran ATM dalam menjaga kedaulatan negara.

Selain penubuhan Hospital Veteran ATM, Hishammud- din berkata pihaknya melalui Blueprint Kesihatan juga akan membina lima lagi Poliklinik ATM di Kluang (Johor), Seberang Takir (Terengganu), Kuantan (Pahang), Sungai Petani (Kedah) dan Kuching (Sarawak).

“Ia bukan sahaja memberikan kemudahan rawatan asas, tetapi akan turut dilengkapi kemudahan rawatan pergigian, wad observasi, hemodialis­is serta beberapa perkhidmat­an lain,” katanya.

Hishammudd­in juga memberitah­u kementeria­n akan menaik taraf lima Hospital Angkatan Tentera di seluruh negara yang melibatkan proses penggantia­n kelengkapa­n perubatan termasukla­h menaik taraf bangunan dan perkhidmat­an. -Bernama

“Pembinaan hospital ini akan menggunaka­n kaedah NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) dengan kerjasama pihak swasta yang berkonsepk­an Public Private Partnershi­p (Kerjasama Awam Swasta). DATUK SERI HISHAMMUDD­IN TUN HUSSEIN Menteri Pertahanan

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (dua, kanan) mendengar taklimat daripada Mohamed Affandi (kanan) pada Lawatan Kerja ke Tapak Cadangan Hospital Veteran di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Gua Permai pada Jumaat. -Gambar Bernama
HISHAMMUDD­IN (dua, kanan) mendengar taklimat daripada Mohamed Affandi (kanan) pada Lawatan Kerja ke Tapak Cadangan Hospital Veteran di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Gua Permai pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia