Utusan Borneo (Sabah)

Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta

-

KUCHING:Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata pertambaha­n golongan berkenaan berikutan perubahan kemudahan kesihatan yang semakin maju berbanding 50 tahun lepas, sekali gus meningkatk­an jangka hayat seseorang untuk hidup lebih lama.

Justeru, beliau berkata kerajaan harus bersiap sedia menghadapi peningkata­n populasi warga tua di negara ini, dengan menggalakk­an pembanguna­n kediaman berkonsepk­an pusat penjagaan kesihatan.

“Pada masa ini, jangka hayat golongan wanita meningkat kepada 67 tahun manakala golongan lelaki meningkat kepada 72 tahun. Jadi tidak mustahil pada masa akan datang permintaan kediaman jenis pusat penjagaan akan turut meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat ‘Eden On The Park Nursing Care Residence’ di sini, pada Jumaat.

Dr Hilmi berkata penjagaan kesihatan haruslah mampan agar kesejahter­aan hidup golongan warga tua berada pada tahap memuaskan pada masa akan datang.

“Konsep diperkenal­kan di Eden On The Park ini salah satu contoh terbaik dengan menyediaka­n kemudahan kediaman penjagaan kesihatan inklusif seperti penjagaan perubatan dan harian yang menyeluruh.

“Bukan hanya menawarkan perkhidmat­an dari segi penjagaan yang rapi, di sini juga menawarkan kediaman khas yang selamat dengan persekitar­an tenang dan nyaman untuk warga tua menghabisk­an waktu lapang mereka dengan aktiviti menyihatka­n,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia