Utusan Borneo (Sabah)

Dua penganggur disyaki salah guna dadah dicekup

-

KUCHING: Dua penganggur ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah selepas diperiksa dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Dahlia, Jalan Matang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) diketuai Inspektor Fariq Nazmi menyerbu kediaman tersebut sekitar jam 12.20 pagi hasil maklumat serta risikan polis.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut menjumpai satu kotak berisi dua peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat kirakira enam gram dan tiga biji pil Erimin 5.

“Dadah dipercayai jenis syabu tersebut dianggarka­n bernilai antara RM500 dan RM800.

“Kedua-dua lelaki berusia 27 dan 35 tahun yang berada di rumah tersebut kemudian ditahan untuk siasatan lanjut selepas mengaku dadah tersebut adalah milik mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Aidil memberitah­u, dadah tersebut dipercayai dibeli kedua-dua suspek melalui traksaksi bank.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku dadah tersebut dibeli secara ‘bank in’ untuk kegunaan sendiri, selain dijual kepada penagih di sekitar kawasan Matang,” katanya yang memberitah­u suspek berasal dari Kampung Naie Baru, Kota Samarahan dan Taman Sukma, di sini.

Suspek kemudian dibawa ke pejabat BSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphet­amine,” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. “Suspek yang berusia 35 tahun didapati tiada rekod jenayah lampau dalam penglibata­n dadah, manakala suspek kedua yang berusia 27 tahun pernah ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” jelas Aidil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia