Utusan Borneo (Sabah)

Texas hukum mati bapa bunuh dua anak kecil

-

CHICAGO: Negeri Texas di Amerika Syarikat (AS) melaksanak­an hukuman mati kelmarin ke atas seorang lelaki yang membunuh dua anak perempuann­ya yang kecil sambil memaksa bekas isterinya untuk mendengar menerusi telefon.

John Battaglia menembak mati anak perempuann­ya yang berusia enam dan sembilan tahun pada 2001, ketika mereka melawatnya untuk makan malam.

Dia membunuh mereka ketika mereka sedang bercakap dengan ibu mereka Mary Jean Pearl menerusi telefon pembesar suara dipercayai untuk membalas dendam terhadap Pearl yang didakwa melaporkan tindakan Battaglia melanggar syarat percubaan yang boleh menyebabka­nnya dimasukkan semula ke penjara.

Kata-kata terakhir Faith, 9, adalah “Tidak, ayah. Jangan melakukann­ya.”

Dia dan adiknya Liberty dijumpai mati di pangsapuri Battaglia dalam kawasan Dallas dengan beberapa luka tembakan.

Peguam Battaglia memfailkan rayuan minit akhir dengan mendakwa dia meng-alami penyakit mental dan delusi yang menyebabka­nnya tidak berupaya untuk memahami kenapa dia sedang dihukum.

Sementara keputusan mah-kamah sebelum ini menangguhk­an tarikh pelaksanaa­n hukuman mati yang ter-dahulu, Mahkamah Rayuan Persekutua­n dan Mahkamah Agung AS enggan campur tangan kelmarin, dan menolak rayuan terakhir Battaglia.

Dia disahkan mati akibat suntikan yang menyebabka­n kematian pada jam 9.40 malam (waktu tempatan).

Sebelum dia menjalani hukuman, Battaglia tidak banyak bercakap.

“Hi, Mary Jean. Jumpa anda semua nanti,” katanya, menurut Jabatan Keadilan Jenayah Texas.

Dalam satu temu bual pada 2014 dengan akhbar The Dal las Morning News, Battaglia menafikan bertanggun­gjawab bagi pembunuhan itu, dan berkata, “Saya tidak rasa seperti saya membunuh mereka.”

Dia adalah banduan kedua dari Texas pada minggu ini dan ketiga pada tahun ini yang menjalani hukuman mati.

Negeri ‘Lone Star’ itu, yang melaksanak­an paling banyak hukuman mati, juga merupakan satu-satunya negeri yang melaksanak­an hukuman mati ke atas banduan setakat ini pada tahun ini.

Pelaksanaa­n hukuman mati seterusnya dijadualka­n di negeri Ohio, bahagian tengah barat AS, pada 13 Februari. — AFP

 ??  ?? BATTAGLIA
BATTAGLIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia