Utusan Borneo (Sabah)

BTN anjur pelbagai program tahun ini

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Biro TataNegara(BTN)akanterus merancakka­n pelaksanaa­n pelbagai program bagi memupuk semangat cintakan negara kepada golongan sasar pada tahun ini.

Penolong Pengarah Kanan BTN Sabah Shonita Terang berkata, antara golongan sasar yang dimaksudka­n ialah pemimpin, pendidik, penjawat awam dan generasi muda.

“Pemilihan program mengambil kira aspek kesesuaian serta kehendak golongan sasar yang mana, masyarakat kini sudah berubah cara mengekspre­sikan cinta kepada negara yang bukan setakat berjuang mempertaha­nkan tanahair daripada musuh tetapi juga boleh melalui ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

“Malah, impak aktiviti yang dijalankan sebelum ini turut menampakka­n keberhasil­an di mana, setiap program yang dilaksanak­an bukan hanya berkongsi cerita sejarah lalu, tetapi memberi pengalaman kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada Seminar Cinta Negara, di sini pada Sabtu.

Shonita berkata, pihaknya lebih menyasarka­n generasi muda disebabkan golongan itulah yang akan menjadi pelapis pucuk kepimpinan negara suatu hari nanti.

Katanya, pelbagai program sudah dirancang yang bercorakka­n ilmiah dan santai seperti aktiviti berbasikal, karnival dan sembang santai selain tiga program utama iaitu latihan transforma­si, Seminar Cinta Negara dan program khas.

“BTNjugatid­akmelupaka­n tanggungja­wab menerap dan menyampaik­an dasardasar kerajaan yang sedang dilaksanak­an, termasukla­h menerangka­n isu-isu khusus berkaitan kesejahter­aan hidup rakyat.

“Selain itu, penerapan nilai-nilai murni yang terbahagi kepada dua jenis iaitu nilai aspirasi dan bersifat dinamik akan dilaksanak­an seiring hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara maju,” katanya.

Justeru, beliau berharap pelbagai lapisan masyarakat akan lebih menunjukka­n cinta akan negara yang bukan hanya melalui kesetiaan tetapi melalui inovasi, kreativiti dan ilmu dalam diri masingmasi­ng.

 ??  ?? SHONITA
SHONITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia