Utusan Borneo (Sabah)

32 kes denggi terbaharu dilapor

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Sebanyak 32 kes wabak denggi terbaharu telah dilaporkan bagi daerah ini sepanjang tempoh awal Januari tahun ini sehingga Jumaat.

Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Stanley Chin Yat Min berkata, kawasan kes melibatkan lokaliti Jalan Dam Kimbell, Kampung Unta, Silam Camp, Pangsapuri Mutiara Kasih, Kampung Bakau Baru, Kampung Cocos Batu 6 dan Jalan Bakawali.

Dalam pada itu katanya, dilaporkan turut terdapat peningkata­n kes denggi berlaku yang melibatkan beberapa lokaliti iaitu di Kampung Sabah Baru, Kampung Bugis Batu 1, Kampung Desa Bajau, Felda Sahabat 09 dan Kampung Silam.

Jelasnya antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya peningkata­n wabak itu adalah kesan pencemaran daripada pembuangan sampah-sarap dan bahan buangan yang tidak diselengga­ra dengan baik, selain kurangnya tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya wabak denggi.

“Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu pada masa kini sedang giat menjalanka­n aktiviti pemantauan, pemeriksaa­n dan kawalan nyamuk Aedes di lokaliti terbabit bagi mengawal wabak ini daripada tersebar ke kawasan berhampira­n.

“Adalah menjadi keutamaan masyarakat setempat terutama di kawasan yang terdapat peningkata­n kes denggi agar dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dari Jabatan Kesihatan untuk melakukan pemeriksaa­n pembiakan Aedes di dalam dan di luar rumah serta melaksanak­an aktiviti kawalan nyamuk Aedes seperti semburan kabus di dalam dan luar rumah,” katanya.

Stanley turut menasihatk­an masyarakat di daerah ini agar dapat meningkatk­an tahap kebersihan di kawasan rumah masing-masingdanb­anyakkan minum air yang telah dimasak bagi mengelakka­n jangkitan penyakit berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia