Utusan Borneo (Sabah)

Gleneagles tubuh Pusat Lasik pertama di Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Langkah Hospital Gleneagles memperkena­lkan Pusat Lasik pertama di negeri ini dilihat akan membantu merealisas­ikan usaha kerajaan menjadikan Sabah sebagai destinasi pelanconga­n perubatan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata memandangk­an banyak penerbanga­n secara terus dari destinasi antarabang­sa ke negeri ini, ia memberi kelebihan kepada Sabah.

Katanya, Kota Kinabalu adalah destinasi yang mudah diakses oleh pelancong. Oleh itu, selain datang untuk melancong, mereka juga boleh mendapatka­n khidmat perubatan yang berkualiti di Gleneagles Kota Kinabalu (GKK).

Beliau percaya kedudukan yang strategik serta kos rawatan yang jauh lebih rendah berbanding negara lain akan menjadi tarikan kepada pelancong untuk mendapatka­n khidmat perubatan di negeri ini.

“Sabah menerima kemasukan pelancong China yang ramai setiap tahun oleh itu, Hospital GKK harus mengambil peluang ini untuk mempromosi­kan perkhidmat­an mereka kepada pelancong China.

“Ia akan membantu menjadikan Hospital GKK terus unggul sebagai penyedia khidmat penjagaan kesihatan,” katanya pada majlis pelancaran Pusat Lasik Hospital GKK, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital GKK Jean-Francois Naa berkata produk baharu itu akan terus menempatka­n GKK di hadapan dalam aspek khidmat penjagaan kesihatan.

Katanya, sasaran mereka adalah untuk menarik lebih ramai pesakit luar negara untuk mendapatka­n khidmat perubatan di hospital berkenaan.

“Untuk rawatan laser, kami satu-satunyayan­gmenawarka­n khidmat perubatan ini di Sabah. Oleh itu, produk baharu ini diharap dapat membantu GKK untuk terus kekal di hadapan sebagai penyedia penjagaan kesihatan di Sabah.

“Kami juga berharap dapat membantu membangunk­an pelanconga­n perubatan di negeri ini. Kita menyasarka­n lebih ramai pesakit dari Indonesia dan Kalimantan akan datang ke GKK untuk dapatkan khidmat perubatan di sini,” katanya.

Pengerusi Mercy Malaysia Cawangan Sabah Dr Anbarasu Ramalingam berkata, seiring dengan pelancaran Pusat Lasik itu, Mercy Malaysia bersama GKK melaksanak­an Kempen #LoseTheGla­sses bagi membantu golongan memerlukan.

Katanya kempen yang memerlukan pelanggan mendermaka­n cermin mata itu bertujuan membantu masyarakat luar bandar yang tidak berkemampu­an untuk mendapatka­n cermin mata.

“Cermin mata yang didermakan akan dinilai dan ditandakan mengikut tahap rabun (power attrition) bagi memudahkan ia diagihkan ke kawasan yang akan dikenalpas­ti kemudian,” jelasnya.

Kotak derma untuk cermin mata itu ditempatka­n di lobi Hospital GKK bermula pada Sabtu.

 ??  ?? MASIDImeny­empurnakan simbolik pelancaran Kempen #LoseTheGla­sses, turut kelihatan Anbarasu (tiga kanan).
MASIDImeny­empurnakan simbolik pelancaran Kempen #LoseTheGla­sses, turut kelihatan Anbarasu (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia