Utusan Borneo (Sabah)

Contohi amalan generasi dahulu

Generasi muda perlu tanam sifat murni

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Generasi muda hari ini perlu menanam sifat murni dalam diri yang menjadi amalan generasi terdahulu sebagai benteng perpaduan negara.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, pendekatan nilai murni seperti cintakan negara penting agar dapat diwarisi secara berterusan oleh generasi akan datang.

“Kerajaan sentiasa mengiktira­f dan menghargai peranan, sumbangan serta komitmen tinggi setiap anggota masyarakat, khususnya generasi muda, dalam usaha DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri membentuk perpaduan.

“Justeru, mendidik dan menyemai kesetiaan serta cintakan negara dalam generasi muda perlu terus dilaksanak­an bagi memastikan perpduan dan kemakmuran dapat dikekalkan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Seminar Cinta Negara di Dewan Mini Kampung Pasir Putih Putatan, di sini pada Sabtu.

Yahya yang juga Adun Petagas berkata, persekitar­an masyarakat yang jauh berbeza pada masa kini memerlukan mereka lebih peka dan bijak dalam menangani cabaran semasa.

Misalnya, pengaruh media sosial yang menjadi trend dalam kehidupan masa kini turut menjadi faktor yang menggugat pepaduan rakyat.

“Kebanjiran maklumat yang diperoleh memerlukan kebijaksan­aan kita menapis agar tidak mudah terpedaya dan sentiasa berusaha mendapatka­n maklumat sebenar daripada pihak berkuasa.

“Kita hendaklah sentiasa menjaga keharmonia­n ini dengan dengan sentiasa menjaga ukhwah antara kita dengan mengetepik­an sentimen perkauman dan agama yang sengaja ditimbulka­n semata-mata mahu menghancur­kan persaudara­an sesama kita,” katanya.

Mengenai seminar anjuran Biro Tatanegara (BTN) Sabah itu, beliau berkata selain memperkasa semangat cinta negara, ia juga

“Kerajaan sentiasa mengiktira­f dan menghargai peranan, sumbangan serta komitmen tinggi setiap anggota masyarakat, khususnya generasi muda, dalam usaha membentuk perpaduan.

dapat mengeratka­n perpaduan dan semangat kekitaan yang sedia wujud dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Yahya juga berharap agar seminar itu dapat memacu transforma­si minda dan iltizam semua peserta dalam menyusun strategi untuk menunaikan peranan secara berkesan bagi mempertaha­nkan keamanan negeri ini.

Seramai 150 orang terdiri daripada anggota Rela, ahli Pusat Komuniti 1Malaysia dan pelajar sekolah sekitar Putatan hadir pada seminar berkenaan.

Turut hadir ialah Pengerusi Komuniti 1Malaysia Cawangan Sabah Mohd Tahir Soon, Penolong Pengarah Kanan BTN Sabah Shonita Terang, Ketua Daerah Mengundi Kampung Pasir Putih Putatan Abdul Kahar dan Pegawai Penerangan Daerah Putatan Alias Jaafar.

 ??  ?? TAHIR (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Yahya selepas merasmikan seminar itu. Turut kelihatan Abdul (kiri), Shonita (dua kanan) Alias (kanan).
TAHIR (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Yahya selepas merasmikan seminar itu. Turut kelihatan Abdul (kiri), Shonita (dua kanan) Alias (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia