Utusan Borneo (Sabah)

Pamer bakat ke tahap membanggak­an

-

TAWAU: Generasi muda yang berminat dalam sukan dan berbakat besar disarankan mempamerka­n bakat masing-masing sehingga ke tahap yang membanggak­an.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata kerajaan sudah menetapkan hala tuju memberi perhatian dan penekanan kepada pembanguna­n bidang itu dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet cemerlang yang mampu mengharumk­an nama negeri dan negara.

Beliau berkata sukan adalah cabang pembanguna­n yang sedang diberikan perhatian kerana ia bukan saja boleh menaikkan imej negeri dan negara, malah memberi peluang rakyat membina kerjaya yang menjamin masa depan.

“Bidang sukan tidak boleh lagi dianggap tidak penting sebaliknya ia industri yang mampu menjana pendapatan rakyat terutama golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Kalabakan Ke-31 di Kompleks Sukan Tawau pada Jumaat.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata, golongan muda perlu merebut peluang menonjolka­n diri sebagai ahli sukan berbakat besar dan mampu mencipta kejayaan membanggak­an, bukan saja dalam negeri dan negara tetapi sehingga ke persada antarabang­sa.

Sehubungan itu, mereka perlu belajar menjadikan sukan sebagai kerjaya yang menjamin masa depan kerana ramai rakyat negara ini dan dunia sudah membuktika­n kejayaan mereka.

“Saya berharap generasi muda terdiri pelajar sekolah dapat menyahut cabaran ini dan membuat keputusan awal sama ada menjadikan sukan sebagai kerjaya tetap ata sebaliknya, dengan membuktika­n prestasi cemerlang pada setiap kejohanan sukan yang disertai.

“Kerajaan tidak akan membiarkan bakat mereka yang cemerlang begitu saja, sebaliknya sokongan dan bantuan diberikan bagi memastikan nasib dan masa depan mereka terjamin kerana mereka adalah aset kepada negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus memberi penekanan kepada bidang sukan kerana ia penting dalam pembanguna­n negara.

Menurutnya, sukan boleh digunakan bagi merapatkan hubungan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum dan berbeza peringkat umur serta latar belakang sosial.

“Langkah ini bukan sahaja untuk menjadikan Malaysia negara sukan yang memenangi banyak pingat di peringkat antarabang­sa tetapi ia turut membolehka­n interaksi dilakukan antara rakyat tanpa apa-apa halangan,” katanya.

 ??  ?? HAMISA bergambar kenangan dengan semua rumah sukan yang menyertai kejohanan itu.
HAMISA bergambar kenangan dengan semua rumah sukan yang menyertai kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia