Utusan Borneo (Sabah)

Keselamata­n jalan raya di Kg Warisan

Perlu diberikan perhatian

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu menambah baik ciri keselamata­n jalan raya khususnya jalan keluar dari Kampung Warisan atau Taman Inanam Laut kerana banyak kemalangan telah berlaku di kawasan itu.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris (gambar) berkata JKR perlu mengkaji semula ciri keselamata­n jalan di sana kerana kemalangan yang berlaku di lokasi itu sering menyebabka­n kehilangan nyawa.

“Sehingga kini, lima kemalangan yang mengakibat­kan kehilangan nyawa telah berlaku di kawasan ini.

“Kemalangan biasanya berlaku apabila pemandu yang cuba keluar dari simpang meluru ke persimpang­an pusingan U Jalan By-Pass Tuaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, demi kepentinga­n pengguna jalan raya dan mengurangk­an risiko berlakunya kemalangan, kajian semula oleh pihak JKR wajar dilakukan.

Jumat juga meminta kontraktor yang melaksanak­an projek jejambat di Lintas Off Tuaran Road supaya meletakkan penunjuk arah di tempat-tempat strategik agar pengguna jalan raya tidak keliru dan aliran lalu lintas tidak terganggu.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak JKR kerana telah menukar landskap di Bulatan Pulutan yang dibina di sepanjang jalan Sekolah Kebangsaan Darau menuju bulatan pulutan yang sangat memberi manfaat kepada murid-murid di sana, terutamany­a kepada ibu bapa dan aliran lalu lintas di kawasan itu.

“Bagaimanap­un, jalan itu perlu dinaik taraf atas dasar jumlah kenderaan yang melalui kawasan Manggatal semakin bertambah,” katanya.

Beliau turut gembira dengan usaha pihak JKR dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mengkaji semula jalan keluar dari Pekan Manggatal kerana jarak jalan masuk dan keluar pekan itu hanya 50 meter.

Katanya, laluan itu sangat diperlukan kerana masalah kesesakan di pekan berkenaan berpunca daripada aliran keluar masuk yang perlu diatur semula.

“Salah satu alternatif yang boleh dipertimba­ngkan bagi menyelesai­kan masalah itu adalah dengan mengalihka­n jalan keluar yang sedia ada ke laluan baharu melalui Taman Daiming dan pangsapuri Aman Sari menghala ke bulatan Pulutan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia