Utusan Borneo (Sabah)

100 anggota Rela Tawau dirai

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU:Seramai100­anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) Daerah Tawau telah raikan dalam majlis makan malam bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Mary Yap Kain Ching, di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Tawau itu berkata, jamuan khas berkenaan dibuat bagi menghargai usaha dan inisiatif Rela kerana banyak membantu dalam menjaga keselamata­n dan kemanan setiap kali majlis dan acara yang dibuat oleh Parlimen tawau.

“Jabatan Rela di daerah ini juga dilihat ikhlas dalam membantume­njagakeama­nan kerana setiap tugasan dijalankan dengan baik dan bersungguh-sungguh... sikap ini boleh dikatakan sebagai kualiti insan.

“Taat setia anggota Rela kepada negara harus diberi pengiktira­fan dan sanjungan kerana sanggup menerima tugasan yang sangat mencabar iaitu membantu menjaga keselamata­n di Esszone,” katanya.

Jelas beliau, sukarelawa­n membawaban­yakmakna,oleh itu Kementeria­n Pendidikan Tinggi juga mahu melahirkan pelajar yang mempunyai sikap sukarelawa­n.

Kementeria­nnya juga akan mewujudkan Yayasan Siswa Sukarelawa­n (YSS) untuk mengadakan banyak aktiviti siswa dalam bentuk sukarelawa­n dan membantu golongan yang memerlukan.

Mary juga berharap anggota Rela di daerah ini akan ditambah dari semasa ke semasa walaupun statistik anggota Rela di daerah ini sudah memuaskan. Hal itu kerana, melalui pendekatan Rela dapat melahirkan lebih ramai lagi masyarakat yang suka membantu.

PRD Rela Tawau Muhammad Muslim berkata, majlis yang julung kali diadakan itu diharap dapat merapatkan lagi hubungan Rela dengan Parlimen Tawau

MARY bersama pegawai-pegawai Rela Tawau.

agar lebih banyak lagi jalinan kerjasama yang akan dibuat bersama kelak.

“Keyakinan dan kepercayaa­n Ahli Parlimen Tawau menjemput anggota Rela dalam membuat penugasan khidmat komuniti termasuk menjaga keselamata­n pada setiap program dan acara seperti Tahun Baharu Cina oleh Parlimen Tawau sudah cukup memberipen­giktirafan­kepada anggota Rela,” katanya.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih atas penganjura­n majlis khas itu dan berharap majlis seumpamany­a akan terus diadakan bagi mengeratka­n lagi hubungan antara Rela dan Parlimen Tawau.

Turut hadir di majlis itu ialah PPRD Mohd Shukri, PPRD Mohd Ihsan, PPRD Muhammad Ashraf dan tiga Ahli Bersekutu Rela.

 ??  ?? MARY menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Muhammad.
MARY menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Muhammad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia