Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat wajar bersyukur kepada kerajaan BN

-

BEAUFORT: Mengenang jasa dan bersyukur sememangny­a amat wajar tetapi ia seharusnya kena pada tempatnya.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata tentunya rakyat wajar bersyukur dan berterima kasih kepada Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan dan bukannya kepada pemimpin sepertiman­a yang dimahukan oleh pembangkan­g.

Katanya rakyat perlu tahu kemajuan dan pembanguna­n tidak akan dapat dinikmati sekiranya peruntukan untuk sesuatu projek tidak disalurkan oleh BN.

“Pembanguna­n dan kemajuan yang dinikmati oleh rakyat adalah hasil daripada peruntukan kerajaan BN dan pemimpin hanya memainkan peranannya dengan menyuaraka­n keperluan rakyat yang diwakili.

“Rakyat wajar berterima kasih dan bersyukur kerana kerajaan BN amat prihatin dan mahu menyalurka­n peruntukan untuk pelaksanaa­n pembanguna­n dan juga kemajuan,” katanya ketika ditemui selepas meraikan pelajar Beaufort yang ditawarkan melanjutka­n pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkan­g yang mengatakan pembanguna­n dan kemajuan di Beaufort adalah hasil usaha mantan pemimpin BN di bahagian itu yang kini menerajui salah satu parti pembangkan­g.

Penyokong pembangkan­g dalam menyebarlu­askan dakwaan itu menyebut bahawa mantan pemimpin itulah yang memastikan jalan raya Menumbok hingga ke Beaufort diaspal dan begitu juga beberapa pembanguna­n yang dilaksanak­an.

“Sebenarnya, pembangkan­g cuba mengaburi dan menutup mata rakyat...mereka (penyokong pembangkan­g) tidak pula menyebut ia dilaksanak­an atas peruntukan kerajaan BN dan bukannya kerajaan pembangkan­g,” katanya dan menambah, rakyat boleh melihat apa yang dilakukan oleh pemimpin itu apabila mewakili rakyat atas nama pembangkan­g khususnya terhadap DUN Klias.

Isnin berkata semua masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam DUN Klias diselesaik­an dengan campurtang­an dan tindakan daripada Umno dan BN Beaufort.

Katanya ketika ini semua masalah rakyat diselesaik­an oleh Umno dan BN Beaufort dan bukannya daripada pembangkan­g.

 ??  ?? ISNIN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pelajar yang mendapat tawaran melanjutka­n pelajaran ke MRSM.
ISNIN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pelajar yang mendapat tawaran melanjutka­n pelajaran ke MRSM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia