Utusan Borneo (Sabah)

Beli barang harga murah di Jualan Sentuhan Rakyat

-

SEMPORNA: Karnival 1Malaysia Jualan Sentuhan Rakyat anjuran Umno Bahagian Semporna di Tapak Regatta Lepa-Lepa di sini pada Sabtu memberi peluang kepada penduduk di sini menikmati jualan harga runtuh barangan keperluan harian.

Karnival itu digerakkan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sabah bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) dengan menawarkan lebih 20 jenis barangan antaranya ikan, beras, tepung, gula, minyak masak, sayur-sayuran serta buah-buahan.

Tinjauan Bernama mendapati, ruangan niaga di Tapak Regatta itu dipenuhi pengunjung seawal 8 pagi untuk membeli barangan keperluan harian dengan perbezaan harga daripada 10 sen hingga RM10 daripada harga pasaran.

Peniaga kecil-kecilan di Kampung Simunul Sofia Abdul Raji, 39, mengambil peluang untuk membeli barangan seperti minyak masak dan tepung dengan harga lebih murah.

“Saya puas hati dengan program anjuran Umno ini dan berharap program ini dapat diteruskan lagi,” katanya.

Bagi penduduk Kampung Kebimbanga­n di Pulau Bum-Bum, Waris Abdul Rahman, 63, beliau gembira dengan inisiatif kerajaan yang membawa pelbagai program memberi manfaat kepada penduduk pekan dan pulau di Semporna.

Dalampadai­tu,Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata karnival itu antara inisiatif kerajaan membantu rakyat dalam mengurangk­an kekangan kos sara hidup.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia