Utusan Borneo (Sabah)

Bersatu kekalkan keharmonia­n negara

Guna kemudahan awam untuk tingkatkan perpaduan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup meminta masyarakat supaya bersatu padu untuk mengekalka­n keharmonia­n dan kesejahter­aan hidup dalam negara yang tercinta ini.

Beliau berkata, kemudahan awam seperti pembinaan dewan dapat meningkatk­an perpaduan rakyat.

“Bangunan dewan boleh dijadikan tempat mereka berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarak­atan dan ini sekaligus dapat mengeratka­n hubungan silaturrah­im antara satu sama lain,” katanya ketika berucap merasmikan dewan mini Kampung Sasagahan

“Bangunan dewan boleh dijadikan tempat mereka berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarak­atan dan ini sekaligus dapat mengeratka­n hubungan silaturrah­im antara ” satu sama lain TAN SRI JOSEPH KURUP Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Sook, di sini pada Jumaat.

Beliau meminta penduduk kampung supaya menjaga kemudahan yang disediakan oleh kerajaan agar tidak rosak. Ia adalah kemudahan yang disediakan kampung. untuk masyarakat

Kurup juga menyeru agar golongan belia terus bergiat aktif dengan menonjolka­n bakat dan kemahiran yang sedia keusahawan­an. ada dalam bidang

Katanya, golongan belia haruslah menceburi bidang keusahawan­an kerana pelbagai bantuan disediakan oleh kerajaan.

Menyentuh soal pembanguna­n, beliau yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah banyak membawa pembanguna­n kepada rakyat di Parlimen Pensiangan termasuk Sook. “Pembanguna­n ini bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat. Kita boleh melihat sendiri perbezaan pembanguna­n dahulu dengan sekarang.

“Justeru, rakyat perlu terus menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 agar segala pembanguna­n yang telah dirancang dapat dilaksanak­an,” katanya.

Beliau juga menasihati penduduk kampung agar tidak mudah terpengaru­h dengan janji yang dibuat oleh pihak tertentu. Mereka hanya pandai berjanji tetapi tidak dapat melaksanak­an.

Pada majlis itu juga, Kurup menyumbang­kan 170 kerusi plastik untuk kegunaan dewan serta satu set peralatan dapur untuk kaum wanita.

Seramai 200 penduduk termasuk Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup, Ketua Pemuda PBRS Pusat Matusin Bowie dan Pengerusi Penganjur Helmy Andreas hadir pada majlis itu.

 ??  ?? KURUP menyerahka­n kerusi plastik kepada wakil penduduk.
KURUP menyerahka­n kerusi plastik kepada wakil penduduk.
 ??  ?? KURUP menandatan­gani plak dewan mini berkenaan.
KURUP menandatan­gani plak dewan mini berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia