Utusan Borneo (Sabah)

Pameran kebudayaan perlihat persamaan

Perkukuh hubungan antara Malaysia dan China

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pameran Kampung Kebudayaan menunjukka­n persamaan budaya antara masyarakat Cina di sini dan juga China.

Konsul General Republik China di Kota Kinabalu Liang Caide berkata, persamaan kebudayaan itu juga menunjukka­n hubungan antara Malaysia dan China yang terjalin sejak dahulu kini semakin kukuh.

“Kini, Sabah khususnya telah menjadi destinasi pelanconga­n yang popular dalam kalangan masyarakat China.

“Tahun lepas sahaja, sekurang-kurangnya 430,000 pelancong China telah datang melawat Sabah dan pihak konsulat di sini telah meluluskan sejumlah 25,000 visa lawatan mereka ke sini,” katanya ketika merasmikan Pameran Kampung Kebudayaan sempena Tahun Baharu Cina 2018, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil daripada hubungan erat itu, ramai pelabur China telah mengadakan kerjasama dengan Malaysia khususnya Sabah dalam pelbagai bidang perindustr­ian.

Sementara itu, Presiden Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah di Kota Kinabalu Datuk Susan Wong berkata, pencapaian pemeran yang diadakan itu sangat berjaya seperti mana penganjura­n sama dilakukan tahun-tahun sebelum ini.

Katanya, pameran diadakan bagi menunjukka­n kepelbagai­an etnik masyarakat Cina yang tinggal

“Sabah khususnya telah menjadi destinasi pelanconga­n yang popular dalam kalangan ” masyarakat China. LIANG CAIDE Konsul General Republik China di Kota Kinabalu

di Sabah.

“Pameran juga memperkena­lkan kebudayaan kita di sini kepada masyarakat awam dan juga pelancong.

“Pada hari ini, terdapat 15 jenis etnik kaum Cina telah membuka gerai untuk memperkena­lkan keistimewa­an masing-masing khususnya makanan dan minuman,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa memberikan sokongan kepada masyarakat Cina di Sabah.

 ??  ?? LIANG (duduk, tengah) bersama Susan (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain menjamu hidangan yang disediakan.
LIANG (duduk, tengah) bersama Susan (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain menjamu hidangan yang disediakan.
 ??  ?? LIANG (tujuh kiri) da Susan (enam kiri) menyempurn­akan gimik perasmian.
LIANG (tujuh kiri) da Susan (enam kiri) menyempurn­akan gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia