Utusan Borneo (Sabah)

Sukan mampu lahir generasi sihat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MENUMBOK: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun yakin aktiviti sukan yang diadakan di peringkat sekolah mampu melahirkan generasi yang sihat.

Beliau berkata, sukan sama ada melalui permainan, sukaneka mahupun olahraga dapat mengukuhka­n lagi jatidiri individu yang terlibat dan usaha itu secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang cergas.

“Sememangny­a sukan cukup penting kepada masyarakat serta negara, khususnya generasi pewaris kerana ia dapat menjadikan mereka golongan yang sihat dan cergas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Merentas desa Majlis Sukan Sekolah (MSS) 2018 serta melancarka­n Larian Obor Jubli Emas Ke50 Sukan Padang dan Balapan Majlis Sukan Sekolah Sabah di Padang Pekan Menumbok.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury merangkap ketua Upko Bahagian Beaufort.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, sukan secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar yang terlibat.

Katanya, sukan yang melibatkan ramai peserta pelbagai kaum, agama dan bangsa dapat mengeratka­n lagi silaturrah­im serta semangat muhibah dalam kalangan mereka.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada guru yang terlibat atas usaha mereka melatih para peserta untuk acara sukan termasuk jasa mereka dalam mendidik anak bangsa.

“Terima kasih atas komitmen guru-guru semua kerana telah berkorban masa mendidik serta melatih para pelajar sehingga ke peringkat tinggi. Oleh itu, kepada peserta yang terlibat buatlah yang terbaik,” katanya.

 ??  ?? AZIZAH menyalakan obor sebagai gimik perasmian kejohanan itu.
AZIZAH menyalakan obor sebagai gimik perasmian kejohanan itu.
 ??  ?? AZIZAH serta Limus merakamkan gambar kenangan bersama hadirin.
AZIZAH serta Limus merakamkan gambar kenangan bersama hadirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia