Utusan Borneo (Sabah)

Berita palsu burukkan keadaan

Pembuat dan penyebar pasti kena hukuman setimpal

-

HUTAN MELINTANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pembuat dan penyebar berita palsu bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hukuman yang setimpal dengan perbuatan itu.

Beliau berkata penyebaran berita palsu dilihat semakin meningkat terutamany­a menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi meracuni pemikiran rakyat.

“Berita palsu dicipta untuk pengaruhi rakyat dan memburukka­n keadaan dengan seolah-olah dirinya (penyebar berita) seronok apabila berita itu tular dan banyak (orang) ‘like’.

“Tunggu harga yang sepatutnya anda bayar kalau berani buat berita palsu. Tunggu tindakan yang akan dilakukan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Teluk Buluh, Kampung Selekoh dan Pekan Bagan Datuk di sini, pada Sabtu.

Ahmad Zahid yang Menteri Dalam Negeri berkata setiap individu perlu mempunyai nilai etika tinggi bagi mengelak terjebak dalam perbuatan tidak bertanggun­gjawab itu.

“Kita perlu mempunyai ketertiban dalam menghormat­i orang lain, cerita yang benar sahaja. Maka itu, barulah (wujud) sebuah masyarakat yang penuh bertamadun dan beragama,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata pembinaan PP1M membolehka­n penduduk luar bandar mengakses internet serta menikmati kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) setanding dengan kawasan bandar.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan jurang digital masyarakat luar bandar dan kawasan bandar dapat dikurangka­n menerusi pelbagai usaha termasuk pelaburan yang tinggi bagi memastikan kemudahan ICT dapat dipertingk­atkan.

Sehingga kini, sebanyak 851 PP1M beroperasi di seluruh negara dengan 67 daripadany­a di Perak.

Berita palsu dicipta untuk pengaruhi rakyat dan memburukka­n keadaan dengan seolaholah dirinya (penyebar berita) seronok apabila berita itu tular dan banyak (orang) ‘like’.Tunggu harga yang sepatutnya anda bayar kalau berani buat berita palsu. Tunggu tindakan yang akan dilakukan pihak berkuasa. DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? AHMAD Zahid menandatan­gani plak perasmian tiga buah Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Kampung Telok Buloh, Kampung Selekoh dan Pekan Bagan Datuk pada Sabtu. -Gambar Bernama
AHMAD Zahid menandatan­gani plak perasmian tiga buah Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Kampung Telok Buloh, Kampung Selekoh dan Pekan Bagan Datuk pada Sabtu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia