Utusan Borneo (Sabah)

Kem. Kesihatan tunggu laporan lengkap kopi disyaki campur dadah

-

BALIK PULAU: Kementeria­n Kesihatan masih menunggu laporan lengkap berhubung kopi pracampura­n, yang dipercayai mengandung­i sejenis dadah, sebelum mengambil tindakan selanjutny­a.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata adalah menjadi kesalahan besar jika barang terlarang dicampurka­n dalam kopi dengan pihak berkenaan boleh dikenakan tindakan tegas.

“Setakat ini, kita belum dapat laporan yang lengkap untuk kita ambil tindakan. Kita akan bandingkan sampel kopi itu dan sampel lain di kedai.

“Kalau kita dapati barangan terlarang (ada), kita akan hentikan (penjualan)...kita akan ambil tindakan tegas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Mobile Community Transforma­tion Centre (CTC) peringkat negeri di sini, pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata siasatan awal polis tidak menolak kemungkina­n kopi pracampura­n, yang diminum dua lelaki Nepal sehingga menyebabka­n mereka mengalami gejala letih yang teruk, dipercayai mengandung­i bahan asing disyaki sejenis dadah.

Anuar berkata berdasarka­n ujian analisis sampel kopi oleh pegawai teknologi makanan, makmal keselamata­n dan kualiti makanan Pulau Pinang mendapati adanya kandungan dadah namun belum dapat dipastikan jenis apa.

Dr Hilmi berkata buat masa ini, tiada arahan untuk menghentik­an penjualan kopi pracampura­n itu tetapi beliau menasihatk­an orang ramai untuk tidak minum kopi tersebut sementara menunggu laporan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Wan Mansor Hamzah ketika dihubungi berkata pihaknya menyerahka­n siasatan sepenuhnya kepada polis susulan kopi pracampura­n itu disyaki mengandung­i dadah.

“Kami dah buat laporan polis pada 1 Feb lepas sebab kopi itu ada kandungan dadah . Sampel kopi itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk diuji dan kami masih menunggu laporan lengkap,” katanya.

Seramailim­aindividut­ermasuk dua wanita mendapatka­n rawatan di Hospital Pulau Pinang sejak Ahad hingga Selasa selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk malah ada yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum sejenis kopi.

Mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun ditahan di wad untuk pemerhatia­n dan menjalani beberapa ujian. Tiga daripada mereka sudah dibenarkan pulang selepas keadaan mereka bertambah baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia