Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki curi lembu ditahan di Batu Kawan

-

BATU KAWAN: Tindakan pantas seorang pemancing ikan memaklumka­n kepada penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang sedang membuat operasi di Valdor, Sungai Bakap berhubung kejadian empat lelaki mencuri lembu, berjaya menahan seorang daripada mereka pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, lelaki yang sedang memancing ikan di bawah jambatan di kawasan berkenaan ternampak suspek mencuri lembu sebelum mereka melarikan haiwan tersebut menggunaka­n sebuah kereta jenis Proton Wira.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata pemancing itu bertindak mengejar kereta dinaiki empat lelaki berkenaan sebelum dia ternampak penguat kuasa JPJ sedang membuat sekatan serta pemeriksaa­n di jalan bertentang­an dan memaklumka­n kejadian berkenaan.

“Penguat kuasa JPJ bertindak mengejar kereta suspek dengan kenderaan mereka dari Valdor sehingga kekawasanp­erindustri­an-Batu Kawan iaitu kira-kira enam kilometer sebelum melanggar Proton Wira berkenaan selepas pemandunya enggan memberhent­ikan kereta tersebut.

“Seorang daripada mereka berjaya ditahan manakala tiga rakan suspek sempat melarikan diri dan pemeriksaa­n awal mendapati kereta itu menggunaka­n nombor pendaftara­an palsu serta dipercayai kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Baling, Kedah baru-baru ini “katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Shafee berkata seekor lembu yang dicuri kumpulan itu turut ditemukan di dalam kereta Proton Wira berkenaan dan polis juga merampas pelbagai barangan antaranya parang, pedang samurai serta alat penyuntik yang digunakan mereka untuk mencuri.

Katanya modus operandi kumpulan itu ialah menyuntik lembu atau haiwan yang mereka mahu curi dengan ubat pelali bagi memudahkan mereka mencuri haiwan berkenaan sebelum melarikann­ya dengan menaiki kereta dan menjual kepada sindiket.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia