Utusan Borneo (Sabah)

SK Holy Cross juara berganda

Kejohanan Bola Baling (B12) Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan bola baling lelaki dan perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Cross mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Bola Baling 2018 Bawah 12 Tahun (B12) Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Beluran.

Kejohanan anjuran Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) melalui Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Beluran itu dikelolaka­n oleh SK Moynod di padang sekolah berkenaan, kira-kira 28 kilometer dari Pekan Beluran.

Kemenangan itu membolehka­n SK Holy Cross pimpinan guru besarnya Cikgu Cecilia Lawrence bukan sahaja berjaya mengekalka­n kemenangan yang dicapai tahun lalu bagi pasukan perempuan, malah mencatat kejuaraan berganda apabila pasukan lelakinya turut menjuarai kejohanan itu pada tahun ini.

Pasukan lelaki SK Holy Cross yang dibimbing jurulatih, Cikgu Anderson Abel muncul juara baru kejohanan itu menewaskan pencabar utama iaitu pasukan SK Balaban Jaya yang dibimbing jurulatih berpengala­man, Cikgu Jasri Dulah dengan kemenangan 3 – 1.

Tempat ketiga dimenangi pasukan SK Pekan Beluran yang dibimbing jurulatih, Cikgu Muhd Syaharuddi­n Ibrahim yang mengalahka­n SK Kolapis dengan kemenangan selesa 5 – 2 pada perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Terdahulu, SK Holy Cross mara ke final selepas menyingkir­kan SK Kolapis 3 – 2, manakala SK Balaban Jaya mengenepik­an SK Pekan 2 – 1 melalui balingan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2 – 2.

Di peringkat liga kumpulan, pasukan SK Holy Cross menewaskan pasukan SK Pekan 3 – 2 dan membelasah Zon Labuk 7 – 2 untuk muncul juara kumpulan B, manakala SK Balaban Jaya menjuarai Kumpulan A.

Hanya tujuh pasukan lelaki menyertai kejohanan itu termasukla­h pasukan SK Ulu Muanad, Zon Labuk dan pasukan tuan rumah, SK Moynod Beluran.

Keceriaan pasukan lelaki SK Holy Cross menjuarai kejohanan itu turut diiringi pasukan perempuan yang berjaya mengekalka­n kejuaraan yang dimenangi tahun lalu (2017) di padang SMK Beluran.

Dibimbing jurulatih ber- wibawa (Anderson Abel), pasukan SK Holy Cross menepati ramalan muncul juara selepas menewaskan SK Balaban Jaya dengan kemenangan selesa 5 – 3 pada perlawanan akhir.

Tempat ketiga turut dimenangi SK Pekan Beluran bimbingan jurulatih Cikgu Rizalina Razalie menewaskan SK Sungai-sungai 2 – 1 melalui balingan penalti selepas kedudukan terikat 4 – 4.

SK Holy Cross mara ke final selepas membelasah SK Pekan 5 – 0 pada saingan separuh akhir, manakala SK Balaban Jaya menewaskan SK Sungai-Sungai 5 – 4 melalui balingan penalti selepas seri 2 – 2 sehingga tamat masa perlawanan sebenar.

Pasukan SK Holy Cross yang menjuarai kumpulan B dengan membelasah SK Moynod 10 – 0 dan menewaskan SK Sungai-Sungai 6 – 1, manakala SK Balaban Jaya menjuarai kumpulan A.

Semangat membara para pemain SK Holy Cross terserlah dalam kejohanan itu dengan kehadiran wakil guru besarnya, Cikgu Simon Jackrow selaku Penolong Kanan 1 (PK1), Cikgu Clarice Tuugah (PK Kokurikulu­m) dan Cikgu Ridzuan @ Alfred Idang.

Clarice berkata, pasukan SK Holy Cross hanya sempat mengadakan latihan intensif selama seminggu sahaja sebelum kejohanan itu, namun kebanyakan pemainnya pernah mewakili sekolah tahun lalu, di samping beberapa pemain baharu.

Menurutnya, pemain pasukan perempuan SK Holy Cross, Frechelyna Roland yang pernah mewakili pasukan MSSB Sandakan tahun lalu (bersama tiga lagi rakan sekolahnya yang kini sudah di Tingkatan 1) merupakan antara nadi kekuatan dan inspirasi pasukan bola baling SK Holy Cross untuk mengekalka­n kejuaraan itu.

Kategori perempuan turut disertai tujuh pasukan termasukla­h SK Moynod, SK Kolapis dan SK Ulu Muanad.

Bagaimanap­un, keadaaan permukaan gelanggang permainan (padang) yang becak akibat hujan sebelum kejohanan, menjejaska­n rentak dan kualiti permainan para pemain bagi semua pasukan yang bertanding.

Naib Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola, Noho Salleh merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Beluran khasnya Unit Sukan kerana memberi amanah dan kepercayaa­n kepada sekolah SK Moynod sebagai pengelola kejohanan itu bagi tahun 2018.

Katanya, selain melaksanak­an aktiviti sukan yang dirancang melalui takwim MSS daerah, ia juga bertujuan memilih pemain terbaik untuk mewakili MSSD Beluran ke Kejohanan Bola Baling MSS Bahagian Sandakan tidak lama lagi.

Noho yang juga Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Moynod menjelaska­n, kejohanan peringkat Bahagian/Zon Sandakan melibatkan empat daerah iaitu MSSD Sandakan, Beluran, Telupid dan Kinabatang­an selaku pengelola kejohanan itu.

Berucap merasmikan kejohanan itu, Penyelia Sukan PPD Beluran Malik Tajim merakamkan penghargaa­n dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kejohanan itu, khasnya sekolah pengelola dan semua sekolah yang bertanding.

Katanya, sukan bola baling merupakan antara sukan berpasukan yang sentiasa mendapat sambutan dan penyertaan yang amat menggalakk­an dari kebanyakan sekolah di daerah Beluran.

Namun katanya, beberapa sekolah memaklumka­n tidak dapat menghantar pasukan ke kejohanan pada kali ini disebabkan faktor kerosakan jalan kampung khasnya di kawasan Paitan/Sugut, manakala sekolah-sekolah di pulau atau pesisir laut pula terpaksa berdepan keadaan cuaca tidak menentu dan laut bergelora sekali gus membatasi penyertaan sekolah terbabit.

Bagaimanap­un, beliau terharu atas keupayaan pasukan SK Sungai-Sungai dari Sugut/ Paitan yang berjaya menghantar pasukan menyertai kejohanan itu, walaupun perlu menempuhi perjalanan jauh hampir 400 kilometer pergi balik, merentasi jalan berliku di Bukit Ular (Jalan Sapi Nangoh-Paitan).

Malik yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran berkata institusi sekolah rendah berperanan penting untuk mengenal pasti potensi dan men- cungkil bakat seseorang murid dalam sesuatu jenis sukan.

Katanya, penglibata­n pelajar dalam kegiatan sukan dan kokurikulu­m amat penting dan terus diberi penekanan utama dalam sistem pendidikan masa kini, selaras dengan konsep ‘kemenjadia­n murid’ dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Menurutnya, pelajar berpotensi yang telah dikenal pasti dalam sesuatu jenis sukan perlu terus digilap, diberi bimbingan dan latihan berterusan untuk melahirkan jaguh sukan yang disegani dan boleh mengharumk­an nama sekolah, daerah, negeri dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, pada masa kini kepentinga­n kegiatan sukan dan kokurikulu­m semakin disedari masyarakat umum khasnya para ibu bapa kerana semua aktiviti sukan atau kokurikulu­m adalah sebahagian daripada proses pendidikan dan pembanguna­n sahsiah pelajar.

Katanya, semua penglibata­n aktif dan pencapaian pelajar dalam apa jua aktiviti di luar bilik darjah akan diambil kira dalam penilaian untuk Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) di sekolah rendah dan menengah.

Selain itu, katanya pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) turut melaksanak­an dasar ‘1 Murid 1 Sukan’ sejak tahun 2011 lagi dalam usaha memastikan semua murid atau pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

Selaras dengan itu, katanya, setiap sekolah harus membudayak­an kecemerlan­gan bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam sukan dan kokurikulu­m ke arah mencapai matlamat sekurang-kurangnya ‘satu sekolah satu atlet’ bermula 2018.

Beliau menyeru sekolah-sekolah di daerah Beluran agar melaksanak­an pendekatan ‘sekolah berwatak’ berdasarka­n kemampuan dan kesesuaian sebagai kebitaraan sekolah dalam bidang sukan dan kokurikulu­m.

Sebagai contoh, katanya, SK Holy Cross dan SK Balaban Jaya mungkin boleh memilih sukan bola baling sebagai kebitaraan, SK Keniogan dengan sukan sepak takraw, manakala SK Ulu Muanad pula telah menubuhkan Kelab Memanah bermula tahun 2018 ini untuk dijadikan sukan kebitaraan sekolah.

Bagaimanap­un katanya, pihak sekolah khasnya yang mempunyai ramai murid adalah digalakkan untuk menggerakk­an secara aktif pelaksanaa­n pelbagai jenis sukan atau kegiatan kokurikulu­m di sekolah, walaupun memberi fokus terhadap sukan kebitaraan masing-masing.

Malik menjelaska­n, aktiviti sukan dan kokurikulu­m amat penting bukan sahaja untuk pembanguna­n fizikal dan sahsiah pelajar, malah ia juga boleh memupuk perpaduan kaum di samping melahirkan individu pelajar yang sihat, cergas dan cerdas.

Katanya, Kejohanan Bola Baling MSS Peringkat Bahagian Sandakan yang dikelolaka­n oleh PPD Kinabatang­an dijangka diadakan pada 14 dan 15 Februari depan, manakala bola baling MSS Sabah akan diadakan di Beaufort pada 27 Februari hingga 1 Mac depan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Teknik (PT) Bola Baling MSSD Beluran, Cikgu Junah Jaafar dari SK Monopod dan Penolong Kanan 1 SK Moynod, Nicholas Salamat yang mewakili Cikgu Ibrahim Haji Saruna selaku Guru Besar SK Moynod, Beluran yang bakal menamatkan perkhidmat­an (bersara) pada 15 Februari depan.

 ??  ?? KETUA pasukan lelaki SK Holy Cross, Eugene Aven Simon menerima hadiah disampaika­n Malik Tajim.
KETUA pasukan lelaki SK Holy Cross, Eugene Aven Simon menerima hadiah disampaika­n Malik Tajim.
 ??  ?? MALIK (tiga kanan) diiringi Noho (kiri), Nicholas dan Simon (kanan) menyampaik­an hadiah kepada ketua pasukan SK Holy Cross, Frechelyna Roland.
MALIK (tiga kanan) diiringi Noho (kiri), Nicholas dan Simon (kanan) menyampaik­an hadiah kepada ketua pasukan SK Holy Cross, Frechelyna Roland.
 ??  ?? MALIK (belakang, dua kanan) bergambar kenangan bersama pasukan lelaki SK Holy Cross (berdiri) dan SK Balaban Jaya selepas perlawanan akhir.
MALIK (belakang, dua kanan) bergambar kenangan bersama pasukan lelaki SK Holy Cross (berdiri) dan SK Balaban Jaya selepas perlawanan akhir.
 ??  ?? MALIK (belakang, tengah) bersama pasukan perempuan SK Holy Cross dan SK Balaban Jaya. Turut bersama ialah Anderson Abel (kanan).
MALIK (belakang, tengah) bersama pasukan perempuan SK Holy Cross dan SK Balaban Jaya. Turut bersama ialah Anderson Abel (kanan).
 ??  ?? DUA pemain SK Holy Cross (tengah) beradu tenaga menghadang kemaraan pemain pasukan SK Pekan Beluran di peringkat kumpulan. SK Pekan tewas tipis 3 – 4.
DUA pemain SK Holy Cross (tengah) beradu tenaga menghadang kemaraan pemain pasukan SK Pekan Beluran di peringkat kumpulan. SK Pekan tewas tipis 3 – 4.
 ??  ?? SALAH satu aksi perlawanan bola baling lelaki MSSD Beluran yang sedikit terjejas akibat padang becak ekoran cuaca hujan.
SALAH satu aksi perlawanan bola baling lelaki MSSD Beluran yang sedikit terjejas akibat padang becak ekoran cuaca hujan.
 ??  ?? PASUKAN lelaki dan perempuan SK Pekan menduduki tempat ketiga, dibimbing Muhd Syaharuddi­n Ibrahim (kanan) dan Rizalina Razalie (kiri).
PASUKAN lelaki dan perempuan SK Pekan menduduki tempat ketiga, dibimbing Muhd Syaharuddi­n Ibrahim (kanan) dan Rizalina Razalie (kiri).
 ??  ?? PEMAIN SK Sungai-Sungai (depan dua kiri) melakukan balingan dalam cubaan menjaringk­an gol.
PEMAIN SK Sungai-Sungai (depan dua kiri) melakukan balingan dalam cubaan menjaringk­an gol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia