Utusan Borneo (Sabah)

Marseille belasah kelab tercorot Metz 6-3

-

MARSEILLE: Florian Thauvin membawa jumlah jaringanny­a dalam liga pada musim ini kepada 13 dengan hatrik apabila Marseille menikmati kemenangan 6-3 ke atas kelab tercorot Metz dalam Ligue 1 Perancis kelmarin.

Kemenangan itu meletakkan Marseille di tempat kedua dalam liga, lapan mata di belakang musuh ketat Paris Saint-Germain yang ada kelebihan satu perlawanan dan menentang kelab bermasalah Lille semalam.

Marseille mendahului 5-0 sebelum Metz melakukan jaringan, yang menggambar­kan dominasi anak buah Rudi Garcia.

Morgan Sanson meletakkan mereka di hadapan selepas hanya enam minit sahaja sebelum Thauvin, bekas penyerang Newcastle, meledakkan gol pertama daripada tiga jaringanny­a dengan tendangan voley dua minit kemudian.

Dia melepasi pemain pertahanan Metz dari Senegal Fallou Diagne untuk menyumbat gol kedua sejurus sebelum waktu rehat dan melengkapk­an hatriknya pada minit ke-56 selepas menerima bola daripada Dimitri Payet.

Valere Germain, sejurus sebelum waktu rehat, dan Kostas Mitroglou menambah gol keenam pada minit ke-75, sekali lagi dengan Payet yang membuat kerja asas penting.

Metz menjaringk­an gol-gol mereka dalam suku terakhir dengan dua jaringan oleh Florent Mollet dan tandukan saat akhir oleh Ibrahima Niane.

Garcia penuh dengan pujian untuk Thauvin.

“‘Flo’ terus menjadi pemain yang penting, anda tidak memerlukan saya untuk memberitah­u anda,” kata jurulatih itu.

“Saya mahu dia terus bekerja, dan memberi sumbangan penting. Dia seorang lelaki yang rendah hati. Pujian boleh melemahkan lelaki dan saya tidak mahu menjadi lemah!, katanya. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia