Utusan Borneo (Sabah)

Liverpool, Tottenham bersaing buru slot Liga Juara-Juara

-

LONDON: Liverpool dan Tottenham Hotspur akan dipisahkan oleh hanya dua mata sahaja tetapi bersatu dalam satu citacita apabila mereka bertemu di Anfield pada malam ini (Ahad) dengan tempat dalam kelompok empat pasukan teratas amat penting sekali bagi kedua-dua kelab.

Kegagalan untuk menempah tempat dalam Liga Juara-Juara boleh melengahka­n kemajuan stabil yang diselia oleh Jurgen Klopp dan Mauricio Pochettino.

Anak buah Klopp memiliki kelebihan tipis kerana mereka duduk di tempat ketiga, dua mata di hadapan Spurs, yang berada di tempat kelima, dalam persaingan yang semakin sengit untuk menamatkan musim di tiga tempat di belakang pendahulu liga Manchester City dan turut melibatkan Manchester United, Chelsea dan Arsenal.

“Situasi dalam kedudukan liga, sasaran kami, apa yang kami mahu buat dan di mana kami mahu menamatkan musim, ia adalah jelas bahawa ia adalah perlawanan yang sangat penting,” kata Klopp kelmarin. “Ini adalah perlawanan enam mata seperti ini.”

Bagaimanap­un sementara kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) membelanja­kan 430 juta pound (RM2.37 bilion) dalam jendela perpindaha­n Januari, Liverpool dan Tottenham pula lebih pandai menilai berbanding pencabar mereka untuk empat tempat teratas.

Walaupun Liverpool menjadikan Virgil van Dijk pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah bola sepak menerusi perpindaha­n bernilai 75 juta pound (RM413 juta) dari Southampto­n, Liverpool masih menutup jendela dengan keuntungan besar ekoran penjualan Philippe Coutinho kepada Barcelona dengan harga 142 juta pound (RM781 juta).

Begitu juga, walaupun Lucas Moura berjaya diperolehi pada hari terakhir dari Paris SaintGerma­in (PSG), Spurs masih dalam kelompok separuh bawah EPL dari segi perbelanja­an ke atas perpindaha­n pada musim ini.

Kewangan yang tidak begitu kukuh itu, khususnya jika dibandingk­an dengan dua kelab Manchester, menjelaska­n kenapa Klopp dan Pochettino telah dipuji ramai kerana kerja yang mereka telah buat walaupun setakat ini gagal untuk memenangi sebarang piala di England.

Keperluan untuk terus maju ke hadapan menjadikan kelayakan bagi Liga Juara-Juara satu matlamat minimum.

“Dengan Jurgen Klopp, saya rasa tekanan akan dirasai pada waktu ini pada tahun depan bergantung kepada kedudukan Liverpool,” kata bekas kapten Liverpool Jamie Carragher dalam Sky Sports.

“Tetapi jika dia mendapat bola sepak Liga Juara-Juara pada musim ini, saya rasa ia adalah musim yang sangat bagus bagi Liverpool.

“Kita boleh bercakap mengenai trofi dan memenangi EPL tetapi Liverpool perlu kembali menjadi sebuah kelab Liga Juara-Juara. Liverpool sudah berada dalam Liga Juara-Juara dua kali dalam tempoh 10 tahun.”

Persamaan itu tidak setakat itu sahaja kerana kedua-dua pasukan telah mempamerka­n permainan bola sepak yang cemerlang tetapi dihantui prestasi tidak konsisten.

Liverpool merupakan satu-satunya kelab dalam EPL yang menewaskan City 4-3 pada musim ini dengan begitu mengujakan dua minggu lalu, tetapi ia disusuli kekalahan kepada Swansea dalam liga dan West Bromwich Albion dalam Piala FA.

Kemenangan 2-0 yang dominan ke atas Manchester United pada pertengaha­n minggu mengembali­kan cabaran Spurs bagi empat tempat teratas dan mirip dengan persembaha­n yang mengetepik­an Liverpool dan Madrid di Wembley pada awal kempen. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia