Utusan Borneo (Sabah)

Bukan persembaha­n sempurna

Tetapi berhasil, kata Jelius

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN dua gol, Rawilson (No.3) yang juga ketua pasukan Sabah mencabar penyerang import Terengganu FC II pada perlawanan Liga Premier di Stadium Likas, Jumaat lalu.

KOTA KINABALU: Kemenangan besar 4-0 ke atas Terengganu FC II tenggelamk­an kelemahan skuad Sabah pada perlawanan pertama Liga Premier di Stadium Likas pada Jumaat lalu.

“Itulah cara kita bermain. Persembaha­n pasukan bukan sesempurna yang kita mahu... masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki tetapi yang penting kita dapat apa yang kita mahu iaitu menangi perlawanan pertama ini.

“Saya percaya pasukan ini boleh bermain dengan lebih baik lagi tetapi kita kena terus berkerja keras untuk pertingkat­kan prestasi kerana perjalanan masih jauh,” kata ketua jurulatih, Jelius Ating ketika ditemui selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, Sabah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil percubaan dari jarak kirakira 25 meter Lee Gil Hoon yang ditujukan ke penjuru kanan jauh dari jangkauan penjaga gol Terengganu FC II, Amierul Hakimi Awang seawal minit keempat.

Jelius berkata, gol pertama Lee itu mempercepa­tkan pasukan mendapat rentak yang diharapkan.

Selepas rehat, ketua pasukan, Rawilson Batuil muncul wira apabila meninggalk­an posisi pertahanan­nya untuk menyudahka­n dua sepakan sudut Sabri Sahar pada minit ke-56 dan 79 untuk meletakkan Sabah 3-0 di hadapan.

Ketika menanti wisel penamat, penyerang import baru dari Puerto Rico, Hector Omar Ramos Lebron atau lebih dikenali sebagai Pito menguatkan rasa kehadirann­ya pada penampilan pertama dengan jaringan menerusi percubaan kaki kiri untuk gol keempat Sabah.

“Saya tidak mengharap kemenangan besar...sasaran

Gambar ehsan Jaiman Taip. hanya untuk menang tetapi lebih padu pada perlawanan pemain telah berkerja keras akan datang. dengan keinginan besar. “Memang masih banyak Inilah sikap yang kita mahu. kelemahan..saya juga dengar Sikap seperti inilah yang keluhan penyokong setiap menyumbang kemenangan kali ada pemain lakukan kita hari ini. kesilapan. Apapun, bagi saya,

“Pemain bermain sebagai kelemahan itu bukan untuk satu pasukan dan kurang dirungutka­n tetapi untuk hilang bola. Kita banyak diselesaik­an,” katanya. menguasai permainan kerana Mengenai Pito yang semua bahagian berfungsi baru kira-kira dua minggu dengan baik. Pertahanan bersama pasukan, Jelius yang hanya dibarisi pemain berkata, penyerang berusia tempatan melakukan tugas 28 tahun itu belum cergas dengan baik, bahagian tengah dan bersedia sepenuhnya menghidupk­an gerakan dan tetapi kehadirann­ya sudah kita juga bahaya semasa memberi impak positif menyerang,” kata Jelius. kepada pasukan.

Beliau berharap “Saya dan pengurus (Datuk kemenangan itu bukan hanya Juil Nuatim) sangat berpuas memberi motivasi kepada hati, kita menyenarai­kan pemain tetapi juga memberi beliau tanpa ‘trial’, ia bukan keyakinan kepada penyokong satu keputusan yang mudah untuk memberi sokongan tetapi berdasarka­n beberapa faktor, saya berkeyakin­an bahawa dia seorang pemain yang baik.

“Dia (Pito) baru menyertai kita kira-kira dua minggu tetapi sudah semakin menyesuaik­an diri dengan pasukan. Hari ini dia telah buktikanny­a dan berjaya menjaringk­an gol,” katanya.

Kemenangan itu meletakkan Sabah selaku pendahulu carta liga dalam kalangan 12 pasukan.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang Felcra FC di Stadium Shah Alam pada Selasa depan (6 Februari) sebelum kembali beraksi di gelanggang sendiri melayan kunjungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Likas pada Jumaat (9 Februari). KOTA KINABALU: Pengurus pasukan Datuk Juil Nuatim (gambar) berharap kemenangan besar 4-0 ke atas Terengganu FC II pada perlawanan pertama Liga Premier di Stadium Likas pada Jumaat tidak melekakan pemain.

“Pasukan wajar dapat pujian dengan permulaan baik ini. Ia kemenangan besar tetapi bukan perlawanan yang mudah.

“Saya harap kemenangan ini tidak menjadikan pemain terlalu yakin hingga terleka sebaliknya menjadikan­nya sebagai pembakar semangat untuk mengharung­i perlawanan yang masih banyak,” kata Juil ketika ditemui selepas perlawanan.

Apapun katanya, cara pasukan hasilkan kemenangan itu memberi harapan besar dan beliau berharap momentum itu dapat diteruskan.“Barisan jurulatih yang diketuai Jelius Ating berkerja keras membentuk pasukan ini dan saya percaya kita sudah berada di landasan yang baik. Saya yakin dengan kemampuan beliau dan syabas atas kemenangan ini.

“Bagaimanap­un ini baru perlawanan pertama. Pasukan lulus ujian pertama ini tetapi ada 21 perlawanan liga lagi di samping Piala FA dan Piala Malaysia. Kita akan fikirkan perlawanan ini satu persatu,” katanya.

Beliau berkata, kemenangan itu adalah pulangan kepada kerja keras semua anggota pasukan dan ia perlu diteruskan.

“Saya juga minta penyokong terus besama pasukan dan beri peluang kepada pemain terutama yang ada buat kesilapan agar mereka juga akan menjadi penyumbang penting kepada pasukan.

“Kita juga mahu kembalikan Stadium Likas sebagai kubu keramat selepas beberapa musim kurang memberi kelebihan kepada kita,” katanya.

 ??  ?? PENJARING
PENJARING
 ??  ?? JELIUS
JELIUS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia