Utusan Borneo (Sabah)

242 pengadil bola sepak lulus

-

KOTA KINABALU: Seramai 242 calon dari negeri ini dan Wilayah Persekutua­n Labuan lulus Ujian Pengadil Bola Sepak 2018.

Daripada jumlah itu, 232 termasuk lima wanita lulus sebagai Pengadil Bola Sepak Negeri manakala 10 calon lagi lulus sebagai Pengadil Pra C Kebangsaan.

“Mereka adalah antara lebih 700 yang telah menduduki Ujian Kecergasan untuk mendapat lencana sebagai lesen mengadili perlawanan bola sepak musim 2018.

“Keseluruha­nnya, sekarang ini kita (Sabah dan Labuan) ada 732 pengadil berdaftar tetapi mereka kena duduki ujian setiap tahun untuk dapat lesen atau lencana yang membolehka­n mereka mengadili perlawanan pada tahun berkenaan,” kata Pengerusi Pembanguna­n Pengadil Bola Sepak Negeri Sabah, Sani Tari.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Lencana Pengadil Bola Sepak Musim 2018 kepada caloncalon yang lulus itu di pejabat Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) di MAKSAK, Likas pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Joehari Ayub yang juga Naib Presiden SAFA.

Sani berkata, calon-calon pengadil itu telah menduduki ujian di beberapa buah pusat bermula di Labuan pada 31 Disember 2017 dan berakhir di Kota Kinabalu pada 21 Januari 2018.

Beliau berkata, hanya calon yang telah lulus dan mendapat lencana sebagai pengadil musim 2018 layak mengadili perlawanan sepanjang tahun ini.

“Calon yang tidak lulus bagaimanap­un akan diberi peluang kedua menduduki ujian yang akan diadakan di beberapa pusat terpilih iaitu di Lahad Datu pada 3 Mac, Ranau (10 Mac) dan Kota Kinabalu (11 Mac),” katanya.

Sani berkata, selain 242 calon yang baru lulus itu, Sabah dan Labuan juga ada 13 Pengadil Kebangsaan 2018 sedia ada yang terdiri daripada dua Pengadil Kategori A iaitu Abdul Harun Osman (Kota Kinabalu) dan Janasip Tamingan (Kota Marudu), sembilan Pengadil Kategori B iaitu Mohd Nazri Sabtu (Labuan), Mohd Sarif Tahir (Sandakan), Atan Aman (Kunak), Amiruddin Lantji (Tawau), Victor Joannes (Keningau), Mohd Denis Rasian Abdullah, Juin Joseph, Jainon Tabang dan Hilary Mawat (Kota Kinabalu), dua Pengadil Kategori C iaitu Sharuddin Siampak (Kota Kinabalu) dan Merhan Salleh (Tawau) serta seorang Pengadil Pra Kebangsaan iaitu Canven Jomis (Kota Marudu).

“Kita berharap lebih ramai pengadil kita akan menjadi pengadil kebangsaan dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi terutama sekarang ini kita ada ramai pengadil muda termasuk dari kalangan 10 calon yang baru lulus Pra C Kebangsaan,” kata Sani.

Sepuluh calon yang baru lulus Pra C Kebangsaan itu terdiri daripada Mark Hateley (Labuan), Ardi Sida, Mohd Afiq Muhimian (Kota Kinabalu), Md Fadenny (Beaufort), Hairey Sulaiman, Ahmad Noor (Sandakan), Abd Mumin (Kota Belud), Elleren Lapindek (Keningau), Rustam Rassa dan Daslan Dullah (Lahad Datu).

Menurutnya, Ujian Pengadil Kelas Tiga Kebangsaan juga akan diadakan di Kota Kinabalu pada 31 Mac.

Sambil itu, Joehari berkata, pembanguna­n pengadil wajar diberi perhatian serius kerana mereka ini adalah antara faktor yang mempengaru­hi mutu sesuatu perlawanan sekaligus memberi kesan kepada pembanguna­n bola sepak.

Sambil mengucapka­n tahniah kepada semua yang telah lulus, beliau berharap akan ada pengadil dari negeri ini yang layak mengadili perlawanan-perlawanan besar dalam negara dan juga antarabang­sa.

 ??  ?? JOEHARI
JOEHARI
 ??  ?? AHMADY (kiri) dan Nur Ifa menunjukka­n pingat yang mereka menang.
AHMADY (kiri) dan Nur Ifa menunjukka­n pingat yang mereka menang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia