Utusan Borneo (Sabah)

Drama AIDS, epik Perang Dunia I ungguli pencalonan ‘Oscar Perancis’

- — Gambar AFP

SEBUAH filem yang mendapat pujian mengenai aktivis AIDS dan sebuah filem epik Perang Dunia I menduduki tempat teratas dalam senarai pencalonan untuk ‘Anugerah Oscar Perancis’ iaitu Anugerah Cesar, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

‘120 BPM (Beats Per Minute)’, yang mengisahka­n tentang perjuangan sekumpulan aktivis ACT UP menentang kerajaan Perancis dan syarikat ubatubatan pada tahun 1990-an, memenangi 13 pencalonan termasuk filem terbaik.

‘Au revoir la-haut’ (Goodbye Up There), sebuah satira pasca Perang Hebat yang riang dan diambil daripada sebuah novel yang memenangi anugerah, menerima jumlah pencalonan yang sama.

Filem komedi ‘C’est la vie!’, yang dibintangi bintang Perancis yang semakin botak Jean-Pierre Bacri sebagai seorang pengusaha khidmat katering yang cuba menjayakan satu majlis perkahwina­n yang kucar-kacir, merupakan sebuah lagi filem yang menang besar, dengan 10 pencalonan.

Namun beberapa buah filem Perancis yang lebih kecil tetapi berjaya baik di dalam mahupun di luar negara turut menerima pencalonan.

Julia Ducournau, dengan filem arahan sulungnya ‘Raw’, sebuah fantasi kanibal tentang seorang pelajar veterinar vegetarian yang semakin suka makan daging manusia, dilagakan dengan penjahat ‘Bond’ Mathieu Amalric untuk biopiknya tentang penyanyi legenda Perancis ‘Barbara’ dalam kategori pengarah terbaik.

Mereka berdepan dengan saingan yang sengit dari Hubert Charuel, pembuat filem aksi desa ‘Petit paysan’ (Petani kecil) dan

Robin Campillo, yang memenangi hadiah kedua di Festival Filem Cannes untuk ‘120 BPM (Beats Per Minute)’. Du-cournau merupakan wanita tunggal di kalangan 15 orang pengarah yang bertanding untuk anugerah filem terbaik atau anugerah pengarah terbaik.

Aktres Sepanyol Penelope Cruz akan menerima anugerah kehormat Cesar di majlis penyampaia­n anugerah di Paris pada 2 Mac, kata penganjur.

Pada tahun lepas, pengarah yang berpangkal­an di Perancis, GAMBAR fail bertarikh 20 Mei 2017 ini menunjukka­n barisan pelakon dan juga pengarah filem ‘120 Beats Per Minute’ tiba untuk tayangan filem itu di edisi ke-70 Festival Filem Cannes di Cannes, selatan Perancis. Roman Polanski, terpaksa menarik diri daripada mempengeru­sikan Anugerah Cesar selepas kumpulan feminis menuntut agar majlis anugerah itu dipulaukan.

Polanski – yang dituduh melakukan serangan seksual oleh beberapa orang wanita – dikehendak­i di Amerika Syarikat kerana melakukan hubungan seks yang menyalahi undang-undang dengan seorang gadis berusia 13 tahun pada 1977.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENELOPE CRUZ
PENELOPE CRUZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia