Utusan Borneo (Sabah)

Dua pelajar SM SFX dipilih sertai Program Model UN

Dua pelajar SM SFX dipilih sertai Program Model UN

- Oleh JOHAN AZIZ

DUA pelajar perempuan tingkatan lima Sekolah Menangah St Francis Xavier, Keningau telah dipilih untuk mewakili sekolah itu ke Program Model Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UN) selama dua minggu di Sweden pada Mac depan.

Vianney Clare Jikop dan Arianna Anding akan bertolak ke Sweden pada 14 Mac dan berada di negara itu selama dua minggu, iaitu sehingga 27 Mac. Mereka akan diiringi oleh Pengetua Betty Leong dan seorang Cikgu Angela David.

Kedua-dua pelajar ini telah menerima sumbangan daripada Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Yamani Hafez Musa yang melawat sekolah itu untuk menyampaik­an bantuan sistem PA kepada sekolah itu pada Jumaat.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau mengucapka­n tahniah kepada kedua-dua pelajar itu sambil mengatakan pemilihan mereka menyertai Program Model UN di Sweden menjadi kebanggaan kepada sekolah, daerah Keningau dan negeri Sabah.

Beliau memberitah­u Transforma­si Nasional 2050 (TN50) lebih memberikan keutamaan kepada golongan muda dan pelajar yang berketramp­ilan dan bijak sebagai bakal pewaris kepada kepimpinan negara akan datang.

“TN50 adalah lebih ke hadapan di mana dasar kerajaan bermula dari bawah dan CSR TN50 yang saya hadiri hari ini (Sabtu) adalah komunikasi dua hala iaitu mencari idea dan aspirasi yang terdiri daripada orang muda termasuk pelajar sekolah.

“Kita mahu dasar kerajaan bermula dari bawah di mana aspirasi itu datangnya dari generasi muda hari ini,” katanya.

Katanya, para pelajar adalah generasi TN50 dan mereka juga adalah golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara pada 2050.

Hafez yang juga Ketua Pemuda Umno Sabah berkata, pelajar harus melakukan satu pelaburan untuk diri mereka sendiri dengan belajar lebih bijak dan cemerlang sebagai pengisian dan sumbangan kepada TN50.

“Saya percaya para pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi dan telah bersedia untuk memastikan pelaburan diri mereka untuk belajar dan bakal menjadi pemimpin masa depan negara ini.

“Belajar bersungguh­sungguh kerana pendidikan adalah satu pelaburan yang amat berharga sebagai pewaris kepada kepimpinan negara pada tahun 2050,” katanya.

Katanya, guru-guru dan ibu bapa adalah sebagai pendidik dan pendorong untuk mereka terus berjaya dan cemerlang dalam pelajaran mereka.

Sementara itu, Betty dalam ucapannya tmengucapk­an terima kasih kepada Barisan Nasional (BN), terutama sekali Hafez dan Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi, yang telah memberikan sumbangan sistem PA berkenaan.

Katanya, sistem PA itu akan digunakan untuk aktiviti harian sekolah selain program rasmi yang diadakan di sekolah itu.

Menurut beliau, sebelum ini setiap kali sekolah itu mengadakan program rasmi melibatkan pemimpin kerajaan, sekolah akan menggunaka­n sistem PA daripada Jabatan Penerangan daerah memandangk­an sistem yang ada di sekolah itu tidak boleh berfungsi dengan baik.

Hafez berharap dengan sumbangan itu, akan dapat memberikan kemudahan asas kepada sekolah untuk menjalanka­n aktivitiny­a.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau Nik Nazri Nik Zawawi, Ketua Pemuda Umno Bahagian Pensiangan Jehan Osman, Pemangku Pegawai Penerangan Bahagian Keningau Hendry Nurdin dan Naib Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat yang juga Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Keningau Augustine Nain.

Pada hari yang sama, Hafez turut menyampaik­an sumbangan jersi dan bola sepak kepada Kg Padang Tembak dan Kg Tanah Merah serta RM3,000 untuk membaiki pagar sekolah Tabika Kemas.

 ??  ?? PELAJAR-pelajar Kolej Vokasional memberikan sokongan penuh kepada TN50.
PELAJAR-pelajar Kolej Vokasional memberikan sokongan penuh kepada TN50.
 ??  ?? HAFEZ bersama pemimpin-pemimpin, pegawai kerajaan, guru-guru dan pelajar sekolah bergambar ramai sekepas majlis itu.
HAFEZ bersama pemimpin-pemimpin, pegawai kerajaan, guru-guru dan pelajar sekolah bergambar ramai sekepas majlis itu.
 ??  ?? HAFEZ menyampaik­an peralatan set PA System kepada Betty. Turut kelihatan Nik Nazri (dua kanan), Jehan (empat kiri), Augustine (tiga kiri) dan Hendry (kanan).
HAFEZ menyampaik­an peralatan set PA System kepada Betty. Turut kelihatan Nik Nazri (dua kanan), Jehan (empat kiri), Augustine (tiga kiri) dan Hendry (kanan).
 ??  ?? HAFEZ menyampaik­an set jersi dan bola kepada wakil daripada persatuan belia di Kampung Padang Tembak.
HAFEZ menyampaik­an set jersi dan bola kepada wakil daripada persatuan belia di Kampung Padang Tembak.
 ??  ?? KETIBAAN Hafez disambut oleh Betty dan kumpulan penari sekolah itu.
KETIBAAN Hafez disambut oleh Betty dan kumpulan penari sekolah itu.
 ??  ?? VIANNEY Clare dan Arianna menerima sumbangan dari Hafez. Turut kelihatan Betty (kiri).
VIANNEY Clare dan Arianna menerima sumbangan dari Hafez. Turut kelihatan Betty (kiri).
 ??  ?? BETTY menyampaik­an cenderaken­angan kepada Hafez.
BETTY menyampaik­an cenderaken­angan kepada Hafez.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia