Utusan Borneo (Sabah)

Teruskan program erat silaturahi­m

-

PROGRAM silaturahi­m anjuran Jabatan Penerangan (Japen) Sabah perlu diteruskan, kata Ketua Polis Daerah Kota Belud Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah.

Beliau berkata program berkenaan amat baik kerana dapat merapatkan silaturahi­m di antara ketua jabatan di daerah itu.

“Ada ketua-ketua jabatan yang baru saya kenal hari ini kerana selalunya kami masingmasi­ng ada komitmen dengan tugas dan kadang kala hanya bertemu di dalam majlis atau mesyuarat yang rasmi, namun hari ini kami dapat berjumpa dengan lebih santai.

“Program seumpama ini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang kerana kami dapat bersuai kenal dan seterusnya dapat memudahkan tugasan kami pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, pereka di Pusat Inkubator Kraf Maglene Sinun yang baru bertukar ke Kota Belud, gembira kerana dapat menyertai program berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada pihak Japen Sabah kerana menganjurk­an program ini, memandangk­an saya masih baru dan masih belum mengenali ketua-ketua jabatan di sini.

“Semestinya program sebegini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang bagi membantu melancarka­n perjalanan tugasan kami di daerah ini,” jelasnya.

Majlis itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah Supian Musa dan disertai hampir 100 ketua jabatan Persekutua­n, negeri dan badan berkanun.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD ZAIDI
MOHD ZAIDI
 ??  ?? MAGLENE
MAGLENE
 ??  ?? (Gambar atas & bawah) ANTARA yang hadir pada program silaturahi­m anjuran Jabatan Penerangan (Japen) Sabah.
(Gambar atas & bawah) ANTARA yang hadir pada program silaturahi­m anjuran Jabatan Penerangan (Japen) Sabah.
 ??  ?? GARI (kanan) semasa menyampaik­an ucapan, diiringi Supian (kiri).
GARI (kanan) semasa menyampaik­an ucapan, diiringi Supian (kiri).
 ??  ?? SUPIAN (kiri) bersalaman dengan hadirin di majlis itu.
SUPIAN (kiri) bersalaman dengan hadirin di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia