Utusan Borneo (Sabah)

Dari Sabah ke Pontianak, perjalanan membelah Borneo

XII

-

PULAU Borneo adalah pulau terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia.

Dalam tulisannya pada tahun 1922, Owen Rutters mengatakan bahawa Pulau Borneo adalah pulau kedua terbesar di dunia selepas Papua Niugini (Borneo hanya lebih kecil daripada Papua Nugini), terletak di garis khatulisti­wa, dengan bentuk seperti pir raksasa, atau seperti buah lokal berbentuk aneh dan berasa pahit yang orangorang Malaya namakan kelamantan, sebuah nama yang digunakan untuk pulau ini pada masa lalu. Luas pulau Borneo adalah 290,000 mil persegi, lima kali luas Inggeris dan Wales. Borneo adalah sebuah pulau besar di mana terdapat manusia, kehidupan dan keajaiban.

Menurut Charles Hose (dalam Benedict Topin, 1989), dahulu kalanya Borneo adalah sebagai tempat tinggal Natural Man (Manusia Semula jadi), yang tinggal di isle of romance, nature and man (pulau di mana terdapat hikayat, alam semulajadi dan manusia) Pulau Borneo itulah, tempat yang tidak dikenali dan di mana perkara yang tidak diduga berlaku (Benedict Topin, 1989).

Sebenarnya, Borneo mewakili keajaiban dunia khususnya dalam dunia Alam Melayu kerana kewujudan hutan tropika di pulau ini sudah menjangkau 130 juta tahun iaitu yang tertua di dunia. Ini bermakna kita sudah mendiami sebuah tempat yang sudah wujud sebelum turunnya Nabi Adam ke dunia.

Pulau ini menyimpan tengkorak manusia yang berusia 40,000 tahun seperti yang terdapat di Gua Niah. Gua Niah merupakan gua batu kapur yang tertua di dunia. Sementara itu, Sungai Kapuas di Kalimantan Barat adalah sungai yang terpanjang di Indonesia, manakala Sungai Rejang di Sarawak adalah sungai terpanjang di Malaysia, selain Sungai Kinabatang­an sebagai sungai terpanjang di Sabah. Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara. Semua petunjuk alam ini menggambar­kan bahawa Pulau Borneo adalah tinggalan tamadun zaman Pentas Sunda yang wujud 40, 000 tahun dahulu.

Kota Pontianak, di bahagian barat Kalimantan, di pulau Borneo diberikan tanggungja­wab untuk menjadi panitia, menganjurk­an Dialog Borneo – Kalimantan Ke XII, (2017), satu program yang mempertemu­kan ahli-ahli akademik, sarjana, penulis, sasterawan dan budayawan untuk berbincang hal-hal berkaitan bahasa, sastera dan budaya di Borneo-Kalimantan. Dialog ini diadakan dalam dwi-tahunan. Menurut sejarah, kota ini dibangunka­n oleh Sultan Syarif Abdul Rahman. Baginda menamakan kota ini sebagai Pontianak setelah melalui peristiwa diganggu makhluk halus yang dikenali sebagai pontianak (kuntilanak) di Pulau Bawa Layang, dalam perjalanan menuju Mempawah, menuju Sungai Kapuas1, sekitar 240 tahun lalu.

Anggota Delegasi Sabah (BAHASA)

Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan ahliahliny­a diamanahka­n oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) untuk mewakili Sabah dalam dialog ini, bersama para peserta dari Sarawak, Semenanjun­g Malaysia, Brunei, Labuan dan Indonesia. Justeru, untuk membolehka­n lebih ramai peserta dari Sabah menyertai dialog ini, di samping kemahuan untuk menimba pengalaman paling mencabar di bumi Borneo, presiden BAHASA dan Jawatankua­sa tertinggi mengambil keputusan untuk menghadiri dialog ini menerusi laluan darat. Laluan darat ini melibatkan jarak yang sangat jauh, kira-kira 3000KM pergi dan balik. Dan inilah yang telah dilalui oleh ahli-ahli BAHASA yang menyertai perjalanan ini, yang disifatkan oleh presiden BAHASA sebagai wira-wira BAHASA.

Ahli-ahli BAHASA yang menyertai rombongan ini adalah Datuk Jasni Matlani – Presiden BAHASA ,Abd. Karim Gullam – Naib Presiden BAHASA,Jasni Yakub - Setiausaha BAHASA,Raymond Majumah (Azlan

Shafie Abdullah)

– Pegawai Penerangan BAHASA,Sanuddin Hasan (Ahli BAHASA),Agusliano Mohamad (Ahli BAHASA),Eiddros Ibrahim (Ahli BAHASA),Amini Gawis (Ahli BAHASA),Nazmi Ashdey Jasni (Anak Lelaki Presiden BAHASA),Orhan Aidid Jasni (Anak Lelaki Presiden BAHASA) dan Datin Narnik (Isteri Presiden BAHASA, menyesul kemudianny­a, melalui kapal terbang, penerbanga­n terus dari Jakarta, ke Pontianak).

Naib Presiden BAHASA, iaitu Abdul Karim Gullam menyediaka­n pelan perjalanan dari Kota Kinabalu-Brunei-MiriKuchin­gPontianak Kalimantan Barat. Tiada mana-mana peserta rombongan yang pernah melalui jalan ini dan mengetahui laluannya. Kami hanya berpanduka­n infomasi di atas kertas yang diperolehi melalui rujukan internet. Tetapi, maklumat di atas kertas tidak semestinya sama dengan keadaan sebenar di tempat berkenaan. Perjalanan ini sudah diduga amat sukar dan meletihkan, dan itulah yang telah terjadi. Kami berjalan dengan penuh semangat, tetapi sedar apaapa saja hal di luar dugaan akan terjadi.

Semua peserta diingatkan agar membawa keperluan sendiri seperti tuala mandi, bantal kecil dan selimut yang sesuai untuk dibawa dalam perjalanan kembara seperti ini. Pengurusan bimbang kalau terpaksa bermalam di tengah malam dalam kereta. Ubat-ubatan dan bekalan makanan ringan turut dinasihatk­an agar dibawa oleh para peserta.

Perjalanan Delegasi Sabah (BAHASA)

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Miri berjalan lancar. Kami sampai di pusat Bandar Miri pada jam 6.13 petang. Mendaftar masuk hotel, kemudian keluar makan malam. Kota minyak ini hidup pada waktu malam. Kami merehatkan diri dan cuba tidur awal agar lebih bersedia menyambung perjalanan yang lebih jauh pagi esoknya.

Kami menyambung perjalanan setelah sarapan pagi. Dari kota Miri menuju metropolit­an Kuching. Pemandanga­n yang menarik ialah rumah-rumah panjang Dayak. Cabaran yang mengganggu ialah pembaikan jalan raya untuk menaik tarafnya. Agaknya lebuh raya pan Borneo sedang rancak dilakukan. Kami sampai di Bintulu jam 11.25 pagi. Kami berhenti untuk rehat dan makan tengahari di bandar ini. Kami menyambung perjalanan ke Sibu pada jam 12.45 petang. Pemandanga­n rumah panjang Dayak dan pembinaan menaik taraf jalan raya masih menjadi pemandanga­n yang menakjubka­n. Kami sampai di Pintu Gerbang Sibu pada jam 4.45 petang tetapi tidak singgah di sini. Kami terus mencari jalan keluar Bandar Sibu. Pusing-pusing tidak ditemui. Pada ketika ini, smartphone sudah kehabisan bateri.

Kami asyik bertanya dan diberi maklumat, tetapi masih tidak menemui jalan keluar Bandar Sibu menuju Kuching. Jambatan Lanang dan tanda-tanda lain tidak dapat ditemui. JPS tidak berguna di tempat yang tiada ‘line’ atau ketika smart phone sudah kehabisan bateri. Itulah antara yang kami alami. Akhirnya, kami dapat bantuan dari insan mulia seorang gadis dan bapanya, yang menghantar kami sehingga sampai ke simpangan menuju Kuching. -Artikel Sumbangan Azlan Syafie Abdullah

 ??  ??
 ??  ?? ROMBONGAN bergambar selepas memasuki wilayah Sarawak.
ROMBONGAN bergambar selepas memasuki wilayah Sarawak.
 ??  ?? ROMBONGAN berhenti di sebuah kedai kopi ketika dalam perjalanan.
ROMBONGAN berhenti di sebuah kedai kopi ketika dalam perjalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia