Utusan Borneo (Sabah)

Perbanyak inovasi aplikasi telefon pintar berkaitan Islam

Maklumat daripada aplikasi amat berguna bukan sahaja kepada pengguna Muslim, tetapi juga bukan Muslim

-

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri menggalakk­an lebih banyak aplikasi telefon pintar berkaitan Islam diwujudkan di negara ini.

Menurut Nancy, maklumat daripada aplikasi ini amat berguna bukan sahaja kepada pengguna Muslim, tetapi juga bukan Muslim lebih-lebih lagi ketika mengembara ke luar negara.

“Berdasarka­n pengalaman saya sendiri ketika ke luar negara, maklumat daripada aplikasi berkaitan Islam ini amat berguna bukan sahaja kepada Muslim tetapi juga bukan Muslim.

“Selain perkara berkaitan Islam, aplikasi ini juga boleh dijadikan sebagai medium untuk mempromosi­kan bidang-bidang lain seperti perubatan Islam, lokasi restoran-restoran halal, masjid dan sebagainya,” ujarnya.

Nancy berkata demikian ketika ditemui selepas melancarka­n Aplikasi Pusat Maklumat Islamik Sarawak (SIIC App) di Pustaka Negeri Sarawak, pada Jumaat.

AhliParlim­enBatangSa­dong itu menambah, Agensi Inovasi Malaysia boleh membantu pihak yang mempunyai idea sama ada dalam inovasi sosial atau komersial.

Justeru, beliau mahu melihat lebih ramai anak Sarawak terlibat dalam program inovasi yang mampu mengubah kehidupan rakyat global melalui inovasi mereka. DATUK SERI NANCY SHUKRI Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Bercakap mengenai aplikasi yang dilancarka­n semalam, Ketua Pegawai Eksekutif SIIC Zabariah Matali berkata ia merupakan aplikasi telefon interaktif yang menyediaka­n maklumat Islam kepada penggunany­a.

Aplikasi ini katanya, juga menyediaka­n maklumat mengenai program serta aktiviti terkini yang dikendalik­an oleh SIIC. Ia boleh dimuat turun menerusi iOS dan Android serta menawarkan transaksi atas talian bagi wakaf ilmu, jelasnya.

“Aplikasi ini merupakan inisiatif SIIC untk menyebarka­n maklumat dan ilmu pengetahua­n mengenai Islam kepada masyarakat,” katanya.

“Selain perkara berkaitan Islam, aplikasi ini juga boleh dijadikan sebagai medium untuk mempromosi­kan bidang-bidang lain seperti perubatan Islam, lokasi restoran-restoran halal, masjid dan sebagainya.”

 ??  ?? ZABARIAH (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nancy pada majlis tersebut.
ZABARIAH (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nancy pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia