Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf pastikan wajah baharu di sepanjang Sungai Sarawak: KM

-

KUCHING: Kawasan di sepanjang Sungai Sarawak bakal berwajah baharu menerusi kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata perancanga­n jangka panjang berkenaan merangkumi kawasan kampung di tebingan Sungai Sarawak, Jalan Gambier sehingga ke Padungan.

“Kita akan menaik taraf semua kemudahan di sepanjang Sungai Sarawak termasuk di kawasan Pembanguna­n Darul Hana sebagai langkah ke hadapan dalam industri pelanconga­n negeri.

“Dari segi promosi pelanconga­n kita, Kuching adalah sebagai pusat ke Sarawak dan dengan itu kita menaik taraf semua kemudahan di bandar raya ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian premis baharu agensi pelanconga­n, InterConti­nental Travel Centre Sdn Bhd (ITC) yang dihadiri Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengarah Urusan ITC Dayang Azizah Abang Zaidan di sini, pada Jumaat.

Menurut Abang Johari, antara kerja naik taraf yang sedang dilaksanak­an ialah di Kubu Margherita yang akan dipasangka­n air terjun selain membina premis makanan ala British atau Tea House.

Jelasnya, kawasan berkenaan bagi memenuhi keperluan pelancong Eropah atau warga tempatan yang berminat dan kini dalam fasa pembinaan.

“Sementara itu di Limbungan Brooke hingga ke Jalan Gambier, ia akan menjadi kawasan perniagaan tetapi bangunan berkenaan akan dikekalkan memandangk­an ia adalah warisan,” tegasnya.

Beliau berkata, kesemua kerja naik taraf kemudahan di sepanjang kawasan sungai itu akan dilaksanak­an dalam tempoh tiga tahun sekali gus menjadikan Kuching sebagai pusat untuk bersantai dan berhibur.

Abang Johari memberitah­u, Sarawak mempunyai industri pelanconga­n yang cerah pada masa akan datang tetapi harus ditingkatk­an promosi terutama menggunaka­n teknologi digital.

Mengenai pelancaran bangunan baharu ITC, beliau percaya agensi berkenaan akan memainkan peranan dalam penerbanga­n dan perkhidmat­an pelanconga­n kepada Sarawak.

“Saya percaya dengan pengalaman serta pengurusan yang baik daripada kakitangan ITC mereka dapat memainkan peranan aktif dalam industri pelanconga­n Sarawak,” katanya.

Sementara itu Dayang Azizah dalam ucapannya berkata, ITC mempunyai 40 pekerja termasuk cawangan mereka di Bintulu dan Miri yang bekerjasam­a dengan menjalanka­n misi untuk memberikan penyelesai­an pelanconga­n bagi memenuhi pelbagai keperluan.

“Perkhidmat­an kita termasuk tiket penerbanga­n domestik dan antarabang­sa, kapal layar, pakej pelanconga­n ‘inbound’ dan ‘outbound’, tempahan hotel seluruh dunia dan memproses permohonan visa, malah kami kini mempunyai Pusat Visa India bagi seluruh Sarawak.

“Kami juga juga ejen pelanconga­n berdaftar kepada agensi kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n selain dilantik sebagai ejen pelanconga­n bagi Petronas,” katanya.

 ??  ?? ABANG JOHARI (lima kiri) serta isterinya, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang (tiga kiri) bersama Dayang Azizah (empat kiri), Abdul Karim (dua kiri) dan yang lain memotong reben simbolik pelancaran bangunan baharu ITC.
ABANG JOHARI (lima kiri) serta isterinya, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang (tiga kiri) bersama Dayang Azizah (empat kiri), Abdul Karim (dua kiri) dan yang lain memotong reben simbolik pelancaran bangunan baharu ITC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia