Utusan Borneo (Sabah)

JKKK harus kemuka masalah rakyat kepada kerajaan: Masir

-

SRI AMAN: Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) diseru bertindak sebagai ejen perubahan dan penyampai maklumat kepada kerajaan tentang isu kebajikan dan masalah rakyat di kawasan masingmasi­ng.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata, ahli JKKK umpama ‘jambatan’ yang menghubung­kan rakyat dengan kerajaan.

“Setiap JKKK perlu mengutarak­an masalah rakyat. Sekiranya JKKK tidak memberi kerjasama erat dengan kerajaan maka sukar untuk kerajaan menyalurka­n projek pembanguna­n ke sebuah kawasan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Pilit Embuyang, Kaong, Ulu Undop di sini, pada Jumaat.

Masir berkata, penubuhan JKKK adalah satu strategi untuk mewujudkan masyarakat berdikari dan proakif dalam aktiviti pembanguna­n.

“Organisasi JKKK memainkan peranan penting sebagai sebuah jentera pentadbir yang paling asas.

“Oleh itu, amat mustahak bagi setiap JKKK diberi latihan serta kemahiran dalam segala aspek penubuhan, pentadbira­n, pengurusan dan pembanguna­n ke arah pembentuka­n JKKK yang berwawasan, berdikari, produktif dan sentiasa maju,” katanya.

Pada majlis itu, Masir menyalurka­n peruntukan RM20,000 bagi tujuan membina serambi rumah panjang, manakala RM5,000 kepada JKKK dan RM3,000 kepada Biro Wanita untuk tujuan menjalanka­n aktiviti sepanjang tahun mereka.

 ??  ?? MASIR (tengah) bersama ketua-ketua masyarakat dan tuai rumah Ulu Undop memotong kek pada majlis di Rumah Ilit, Kaong Ulu Undop, Sri Aman .
MASIR (tengah) bersama ketua-ketua masyarakat dan tuai rumah Ulu Undop memotong kek pada majlis di Rumah Ilit, Kaong Ulu Undop, Sri Aman .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia