Utusan Borneo (Sabah)

Terap nilai kebersihan dari peringkat awal: Fatimah

Projek ‘Bersih Awal Bersih Akhir’ dilaksana mulai tahun ini

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KWKPK) akan melaksanak­an projek ‘Bersih Awal Bersih Akhir’ mulai tahun ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebagai permulaan projek yang dilancarka­n semalam akan dilaksanak­an di 12 prasekolah di seluruh negeri.

“Projek ini bertujuan menerapkan nilai kebersihan dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat awal.

“Menerusi projek ini, kita berharap ia akan menjadi amalan kanak-kanak untuk mengutamak­an kebersihan dalam kehidupan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa menghadiri raptai Hari Terbuka KWKPK bertema ‘Meniti Kesejahter­aan Bersama’ di Tebingan Kuching, pada Jumaat.

Bercakap lanjut, Fatimah berkata projek itu akan menjadi acara

“Menerusi projek ini, kita berharap ia akan menjadi amalan kanak-kanak untuk mengutamak­an kebersihan dalam ” kehidupan mereka.

DATO SRI FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak utama semasa perasmian program Hari Terbuka KWKPK oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Sebagai permulaan, kita akan melaksanak­an projek ini di tiga prasekolah di Kuching, tiga di Dalat, tiga di Bekenu dan tiga di Simanggang (Sri Aman),” ujarnya.

Mengenai program Hari Terbuka kementeria­nnya, Fatimah berkata Petronas akan menyerahka­n dana berjumlah RM2 juta kepada 224 pertubuhan bukan kerajaan (NGO)berasaskan komuniti di negeri ini pada majlis perasmian itu.

“Sebagai simbolik, kira-kira tiga NGO akan menerima geran di bawah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Petronas. Manakala, selebihnya akan kita agihkan secara berperingk­at,” ujarnya.

Tambahnya, sebanyak 41 ruang pameran oleh rakan-rakan strategik KWKPK dan 36 gerai jualan Usahawan Mikro Kebajikan akan dibuka sepanjang program tersebut.

“Justeru, orang ramai dialualuka­n untuk menghadiri program ini kerana banyak manfaat yang boleh mereka dapat di sini,” katanya.

 ??  ?? FATIMAH yang meraikan hari jadi ke-60 merakamkan kenangan bersama kanak-kanak yang menyertai raptai program Hari Terbuka KWKPK di Tebingan Kuching.
FATIMAH yang meraikan hari jadi ke-60 merakamkan kenangan bersama kanak-kanak yang menyertai raptai program Hari Terbuka KWKPK di Tebingan Kuching.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia