Utusan Borneo (Sabah)

7,000 anggota, pegawai polis terlibat simulasi kemungkina­n insiden PRU14

-

KUCHING: Kira-kira 7,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam simulasi menghadapi sebarang kemungkina­n sepanjang penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Siri pertama simulasi tersebut telah diadakan bermula jam 11 pagi Jumaat sehingga lewat malam.

Justeru, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Sarawak (Operasi) ACP Wan Shamsudin Wan Hussin menasihatk­an orang awam agar tidak panik sekiranya melihat simulasi tersebut dijalankan di tempat mereka.

“Simulasi ini akan diadakan di tempat awam dan sekiranya melihat berlakunya demonstras­i atau sebagainya maka diharapkan agar tidak panik kerana ini adalah simulasi yang dilakukan oleh anggota kita yang akan bertugas sepanjang PRU14 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, pada Jumaat. Simulasi tersebut juga diadakan di 23 daerah di seluruh negeri.

“Terdapat 28 daerah di negeri ini, tetapi tiada pusat mengundi di lima daerah dan disebabkan itu, simulasi ini hanya diadakan di 23 daerah sahaja bermula hari ini (semalam),” jelasnya.

Menjelaska­nmengenais­imulasi tersebut, beliau memberitah­u ia adalah sebagai latihan persediaan kepada anggota PDRM untuk menghadapi insiden yang dikhuatiri berlaku pada PRU14 nanti.

“Senarionya adalah sekiranya berlaku rusuhan pada hari penamaan calon, mengundi, pengiraan undi dan pada hari pengumuman calon yang menang, maka melalui simulasi ini diharapkan anggota kita akan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkina­n tersebut,” katanya.

Wan Shamsudin juga dilantik sebagai Pegawai Media untuk PRU14 nanti dan menurut beliau, sebuah pasukan khas akan diwujudkan untuk memantau media sosial.

 ??  ?? WAN SHAMSUDIN bercakap pada sidang media.
WAN SHAMSUDIN bercakap pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia