Utusan Borneo (Sabah)

Nancy sambut baik cadangan gubal undang-undang terhadap berita palsu

-

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri menyambut baik cadangan penggubala­n undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu dalam media sosial.

Beliau yang ditemui pemberita pada Jumaat berkata, ini adalah masa tepat untuk kerajaan mewujudkan undang-undang tersebut bagi mengawal penyebaran berita palsu dalam media sosial.

“Undang-undang ini sepatutnya diwujudkan lebih awal tetapi kita tidak mahu rakyat berfikir bahawa kita cuba mengawal penggunaan media sosial.

“Dengan adanya undang-undang ini kelak, saya percaya ia akan dapat digunakan untuk mengawal penyebaran berita palsu dalam media sosial,” katanya.

Terdahulu Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata melancarka­n Aplikasi Pusat Maklumat Islamik Sarawak di Pustaka Negeri di sini.

Tambah Nancy, banyak berita di medial sosial dikitar semula oleh individu atau pihak yang tidak bertanggun­gjawab untuk menjatuhka­n pemimpin dan kerajaan yang memerintah.

Perkara ini katanya, adalah tidak sihat untuk Malaysia dan jika dibiarkan ia tidak akan membantu Malaysia untuk maju ke depan, justeru negara memerlukan undang-undang tersebut.

“Jika anda lihat sekarang pilihan raya semakin hampir banyak perkara yang dikitar semula dan kami perlu menjelaska­n kepada rakyat banyak kali mengenai perkara yang sudah lepas.

“Kita tidak ada masa untuk menghadap media sosial setiap hari dan kami sebagai pemimpin mempunyai tanggungja­wab yang lebih penting terhadap rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia