Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam perlu lapor rasuah, salah guna kuasa

-

KUCHING: Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya melaporkan sebarang elemen rasuah dan salah guna kuasa kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata ia merupakan sebahagian usaha untuk meningkatk­an integriti penjawat awam di Sarawak.

Selain melaporkan kepada SPRM katanya, perkara sama juga boleh dilaporkan kepada pejabat beliau.

“Integriti merupakan aspek sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian sebagai penjawat awam.

“Ini kerana ia bukan sahaja memfokus kepada isu rasuah dan salah guna kuasa, malah melibatkan budaya kerja cemerlang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Pentadbira­n Bahagian Serian di Dewan Masyarakat Serian di sini, pada Jumaat.

Talib berkata, hanya dengan adanya sifat integriti, ia mampu menyumbang kepada prestasi kerja yang lebih baik di kalangan penjawat awam dalam usaha memajukan negara.

“Justeru, saya ingatkan penjawat awam di negeri ini untuk mengamalka­n integriti dalam kehidupan mereka selain melaporkan sebarang elemen rasuah atau salah guna kuasa sekiranya berlaku dalam oraganisas­i mereka,” ujarnya.

Pada majlis itu, lebih 200 penjawat awam di kawasan Serian menandatan­gani Ikrar BebasRasua­hsambildis­aksikan Timbalan Pengarah SPRM Malaysia Zulhairy Zaidel.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Semuja John Ilus dan Residen Bahagian Serian Jonathon Lugoh.

 ??  ?? TALIB menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Pentadbira­n Bahagian Serian di Dewan Masyarakat Serian.
TALIB menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Pentadbira­n Bahagian Serian di Dewan Masyarakat Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia