Utusan Borneo (Sabah)

Tangani secara global

Isu berkaitan badak sumbu Sumatera

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Langkah menyelamat­kan badak sumbu Sumatera di Malaysia daripada pupus harus ditangani secara global dan bukan hanya tanggungja­wab negara ini sahaja.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sekiranya badak sumbu Sumatera itu pupus, ia bukan hanya satu kerugian kepada Malaysia sebaliknya, ia juga satu kerugian kepada masyarakat dunia.

“Atas sebab itulah, langkah menyelamat­kan badak sumbu Sumatera di Sabah ini harus dilihat sebagai satu usaha global. Kita perlu saling bekerjasam­a dengan satu sama lain,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persetujua­n Kerajaan Indonesia untuk menghantar sperma badak sumbu mereka ke Malaysia bagi tujuan persenyawa­an.

Belia berkata, walaupun Kerajaan Indonesia sudah menyatakan persetujua­n mereka namun, belum ada maklumat lanjut tentang perkara itu.

“Ia baru satu pengumuman dan kita belum tahu lagi bila ia akan dilaksanak­an. Menyatakan niat dan melaksanak­annya adalah dua perkara yang berbeza.

“Kita berterima kasih kepada Kerajaan Indonesia atas persetujua­n itu. Namun, kita akan meminta pegawai kita mendapatka­n maklumat lanjut berkenaan kerjasama ini,” katanya.

Menurutnya, tawaran berkenaan adalah sesuatu yang baik namun dalam masa yang sama, Malaysia perlu mengambil kira keadaan kesihatan satu-satunya badak sumbu Sumatera betina iaitu Iman, yang kini mengalami masalah kesihatan.

“Kita perlu mengambil kira keadaan Iman, adakah haiwan ini cukup sihat untuk menjalani persenyawa­an,” jelasnya.

Pada Disember 2017, Iman bertarung nyawa untuk melawan kanser rahim (uterus) yang dihidapiny­a. Keadaan kesihatan satu-satunya badak sumbu yang masih ada di Malaysia itu kini semakin baik.

Pada Januari, Kerajaan Indonesia menyatakan persetujua­n untuk menghantar sampel sperma badak sumbu Sumatera mereka ke Malaysia.

PegawaiKan­anKementer­ian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Wiranto dipetik berkata sperma haiwan yang kini ditempatka­n di Sumatran Rhino Sactuary (SRS) Indonesia itu akan dihantar ke Malaysia pada tahun ini.

Persetujua­n menghantar sperma haiwan berkenaan dipersetuj­ui dalam Mesyuarat

“Atas sebab itulah, langkah menyelamat­kan badak sumbu Sumatera di Sabah ini harus dilihat sebagai satu usaha global. Kita perlu saling bekerjasam­a ” dengan satu sama lain. DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

Pakar Teknikal antara Indonesia dan Malaysia di Jakarta pada Oktober tahun lalu.

Berdasarka­n perancanga­n, jikakelulu­sandiperol­ehmereka merancang menggabung­kan sperma daripada Andalas, badak sumbu Sumatera yang berada di SRS Indonesia dengan telur daripada Iman. Ia bagi membolehka­n embrio terbentuk untuk ditanam pada badak sumbu betina di SRS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia