Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Pendidikan Tinggi Zon WP Labuan pada 17-18 Mac

-

KOTA KINABALU: Program Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 Zon WP Labuan bakal diadakan pada 17-18 Mac depan bertempat di Kompleks Ujana Kewangan.

Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) ini dilaksanak­an di seluruh negara mulai 27 Januari lalu dan akan berlangsun­g sehingga 7 April di beberapa lokasi yang telah ditetapkan manakala majlis pelancaran KPTN 2018 disempurna­kan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Sri Idris Jusoh pada Ahad di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka.

Menurut Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Kinabalu Dullah Muluk, beberapa IPTA termasuk Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti telah dilantik selaku penganjur program itu di setiap negeri.

“Untuk Zon WP Labuan, Politeknik Kota Kinabalu telah diberi amanah untuk melaksanak­an program KPTN 2018 yang akan berlangsun­g selama dua hari di Kompleks Ujana Kewangan,” katanya semasa menyampaik­an taklimat sempena Mesyuarat Penyelaras­an Program KPTN 2018 Zon WP Labuan di Jabatan Pendidikan Malaysia, Labuan pada Jumaat.

Jelasnya, program itu diadakan serentak dengan program KPTN 2018 Zon Sabah yang akan diadakan pada tarikh sama di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

“KPTN 2018 bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mendapatka­n maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh universiti awam, politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan institusi lain di seluruh negara,” katanya.

Dullah berkata, beberapa aktiviti lain turut dijadualka­n sebagai pengisian program KPTN 2018, termasuk kehadiran Ikon Belia Negara, Konsultasi UPU Online, Sudut Penajaan, Pameran Sains dan Inovasi, Ceramah dan Taklimat Kerjaya daripada wakilwakil IPTA dan IPTS yang terlibat, serta pemeriksaa­n kesihatan percuma.

Katanya para pelajar yang ingin melanjutka­n pengajian tinggi disarankan untuk hadir ke program berkenaan di mana mereka boleh mendapat maklumat jelas mengenai IPT di seluruh negara termasuk pelbagai program yang ditawarkan mengikut kelayakan akademik masing-masing.

“Para pelajar juga digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaa­n yang terkini semasa menghadiri program itu nanti bagi mempermuda­hkan urusan pemilihan IPTA/IPTS yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan WP Labuan Raisin Saidin berharap orang awam serta semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di WP Labuan dan di kawasan berhampira­n untuk hadir dan tidak melepaskan peluang keemasan itu bagi meraih pelbagai maklumat dalam menentukan arah pengajian tinggi masing-masing.

 ??  ?? RAISIN (duduk, empat dari kanan) dan Dullah (duduk, empat dari kiri) bersama Ahli Jawatankua­sa Pelaksana Program Karnival Pendidikan Tinggi (KPTN) 2018.
RAISIN (duduk, empat dari kanan) dan Dullah (duduk, empat dari kiri) bersama Ahli Jawatankua­sa Pelaksana Program Karnival Pendidikan Tinggi (KPTN) 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia