Utusan Borneo (Sabah)

Limus ajak rakyat pertahan perpaduan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Masyarakat berbilang kaum dan agama yang ada di daerah ini digesa mempertaha­nkan perpaduan yang ada demi menjamin keharmonia­n dalam hidup bermasyara­kat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata, kesatuan dalam masyarakat adalahpent­ingbagimem­astikan pembanguna­n dapat dibawa dengan lancar tanpa sebarang kacau-bilau.

Katanya, masyarakat majmuk yang sentiasa hidup dalam keadaan harmoni di Kuala Penyu wajar dipertahan­kan demi menjamin suasana harmoni yang sekian lama dinikmati rakyat di kawasan ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan sempena program ini untuk mengajak seluruh masyarakat di kawasan ini terus mengekalka­n keharmonia­n yang dinikmati hari ini agar suasana ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan Majlis Tarian Singa ‘Free-Show’ di Pekan Kuala Penyu, petang Sabtu.

Dalam pada itu, Limus yang juga ketua bahagian Upko Beaufort turut mengajak rakyat khususnya di kawasan ini untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan.

Katanya, rakyat harus memberi mandat kepada kerajaan kerana telah membawa pelbagai kemajuan bukan sahaja untuk rakyat Sabah secara keseluruha­n malah rakyat di Kuala Penyu.

“Dengan adanya perpaduan ini, banyak perkara yang kita boleh laksanakan. Keharmonia­n ini juga secara tidak langsung dapat menjamin kestabilan seterusnya membolehka­n kerajaan melaksanak­an pelbagai pembanguna­n untuk kepentinga­n rakyat.

Pada majlis itu, sebanyak tiga kumpulan terlibat mempersemb­ahkan tarian singa yang disaksikan oleh kirakira 1,000 masyarakat Kuala Penyu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

 ??  ?? LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama salah satu kumpulan yang terlibat dalam persembaha­n tarian singa.
LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama salah satu kumpulan yang terlibat dalam persembaha­n tarian singa.
 ??  ?? LIMUS memukul gendang sebagai gimik perasmian majlis itu.
LIMUS memukul gendang sebagai gimik perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia