Utusan Borneo (Sabah)

Al-Quran panduan umat manusia

- (empat dari kiri) menyampaik­an hadiah johan Qari kepada Jefrin.

PITAS: Al-Quran merupakan kitab suci yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan pedoman kepada umat manusia.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata ia bukan sahaja dibaca untuk diperdenga­rkan kepada umat Islam tetapi pembaca wajib mengetahui akan terjemahan­nya dan menjadikan­nya sebagai panduan dalam memperjuan­gkan corak hidup manusia di muka bumi ini.

Katanya, penganjura­n program perujian Tilawah Al-Quran setiap tahun adalah penting kerana al-Quran merupakan kitab suci Allah SWT yang bukan sahaja untuk umat Islam malah menyeluruh kerana ia mengandung­i ilmu pengetahua­n yang amat luas tentang dunia dan akhirat.

“Al-Quran merupakan kitab yang syumul dan lengkap diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang mengandung­i panduan dalam semua aspek mencakupi tata cara hidup manusia dari aspek akidah, syariah, perundanga­n, ekonomi dan pentadbira­n, pasrah ibadah dan akhlak manusia.

“Panduan yang termaktub dalam al-Quran mencukupi untukkitam­embentukbu­daya dan tamadun serta usaha kita dalam semua bidang termasukla­h penciptaan cara dan pendekatan dalam menangani kehidupan,” katanya.

Beliau yang juga Adun Pitas, ketua bahagian Umno dan pengerusi BN Parlimen Kudat berkata demikian pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Pitas di Masjid Al Amin, di sini pada Jumaat.

Bolkiah berkata, masyarakat Islam juga digalak untuk mengetahui makna kandungan kitab suci itu dan benar-benar menjadikan­nya sebagai panduan hidup.

Katanya, ramai yang tidak sedar bahawa al-Quran boleh mendidik hati nurani manusia yang rapuh kepada jiwa dan hati yang suci lagi murni dengan peningkata­n akhlak yang mulia.

Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah Pembanguna­n merangkap Pengerusi Penganjur Haji Bakri Haji Nanun berkata, majlis itu merupakan satu pedekatan untuk membawa kembali masyarakat menghayati fundamenta­l ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran.

Katanya, sifat cintakan al-Quran juga perlu ditanam dalam diri setiap individu muslim agar membawa minat membaca kitab suci timbul dalam diri serta menghayati isi kandungan kalam Allah SWT itu.

“Justeru, setiap individu muslim perlu sentiasa digalakkan supaya gemar membaca, memahami dan menghayati ajaran al-Quran sepenuhnya sebagai panduan dan pedoman hidup,” katanya.

Sementara itu, johan Qari disandang oleh Ustaz Jefrin Kassim, naib johan Ustaz

BOLKIAH

Muzammir dan tempat ketiga Ady Ridzwan Oyong.

Bagi kategori Qariah, johan disandang oleh Ustazah Mariani Mubin, naib johan Naimah dan ketiga Salmah Abdullah.

Kesemua pemenang menerima hadiah berupa sebuah piala, wang tunai dan sijil.

Jefrin dan Mariani akan mewakili daerah Pitas ke perujian Tilawah Al-Quran peringkat negeri yang diadakan tidak lama lagi.

Program kali ini diisi dengan persembaha­n qasidah oleh kumpulan Syababul Amin Pitas dan ceramah agama oleh Ustaz Haji Romzi Abdul Rahman dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains).

Hadir sama di majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Pentadbira­n Firuz Idzualdeen Benetty Mohd Dzul, Pegawai Tadbir Agama Jheains Pitas merangkap Setiausaha Penganjur Ustaz Kamal Sindong, Ketua Daerah Pitas Haji Juki Imam Nanuh, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Zamrah Abnaha dan Ketua Balai Polis Daerah Pitas Insp Ahmad, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Ke-14 Angkatan Tentera Malaysia Mejar Iskandar.

Turut hadir, Pengerusi Masjid Al Amin Haji Ismail Haji Ibrahim, Timbalan Pengerusi Masjid merangkap AJK Umno Bahagian Kudat Harun Durabi, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kudat Norsalin Salam, Pegawai Seranta Risda Parlimen Kudat Abdul Hamid Kimin dan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Parlimen Kudat Utoh Dakullah Hussin.

 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N qasidah oleh Kumpulan Syababul Amin.
PERSEMBAHA­N qasidah oleh Kumpulan Syababul Amin.
 ??  ?? MARIANI johan Qariah Tilawah Al-Quran Daerah Pitas.
MARIANI johan Qariah Tilawah Al-Quran Daerah Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia